Tag Archives: Grand

Hamilton anggap Button pencabar

Hamilton anggap Button pencabar

LONDON – Pemandu McLaren, Lewis Hamilton berasa gembira dengan cabaran sengit diberikan Jenson Button meskipun dia tewas kepada rakan sepasukannya itu pada perlumbaan Grand Prix (GP) Hungary, Ahad lalu.

Bukan kali pertama untuk musim ini, Hamilton dan Button bersaing hebat sesama sendiri bagi merebut kemenangan tetapi kali ini ia tidak berakhir seperti GP Kanada apabila kedua- dua mereka berjaya menamatkan perlumbaan.

Selepas bertukar posisi tidak kurang daripada empat kali, Hamilton dan But- ton berlumba secara sengit untuk mendahului perlumbaan di Litar Budapest, Hungary sebelum akhirnya Hamilton terpaksa mengalah kerana mengalami masalah pada tayar jenteranya.

Button muncul juara, manakala Hamilton sekadar menamatkan saingan di tempat keempat di belakang pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Fernando Alonso dari Ferrari.

Namun bagi Hamilton, dia tidak berasa sedih atau terkilan, sebaliknya tetap gembira kerana Button berjaya menjulang nama McLaren dengan muncul juara pada perlumbaan tersebut.

“Dia (Button) merupakan rakan sepasukan yang cukup hebat dan sememangnya seorang pemandu yang bagus.

“Dia memandu dengan baik pada perlumbaan yang cukup hebat (di Litar Budapest) dan memang layak untuk memenanginya.

“Kami menekan satu sama lain sepanjang perlumbaan dan itu sesuatu yang sentiasa kami harap dan mahu lakukan pada setiap perlumbaan.

“F1 sememangnya sukan yang memerlukan kita memaksa diri bagi mencapai had maksimum.

“Mempunyai rakan sepasukan yang mampu memberi saingan hebat adalah sebahagian daripadanya,” kata Hamilton.

Hamilton, biografi Hamilton, dunia, foto, gambar, harian, indon, indonesia, juga, kata, kini, kl, maju, malaysia, mampu, mara, melayu, menang, rasa, Hamilton  berita , Hamilton  gambar Hamilton  antarabangsa,  artis, Hamilton  asia, Hamilton awas, Hamilton baru, Hamilton, Hamilton biodata, Hamilton biografi, Hamilton bulan, Hamilton dunia, Hamilton  foto, Hamilton gambar, Pemandu, McLaren, Lewis, Hamilton, berasa, gembira, Jenson, Button, perlumbaan, Grand, Prix, Hungary, Bukan, kali, pertama, musim, ini, Hamilton, Button, GP, Kanada, Sebastian Vettel, Hamilton sukan

Sharapova terselamat daripada kejutan

Sharapova terselamat daripada kejutan

MASON – Terbuka Cincinati menyaksikan dua lagi kejutan ke atas pemain berprofil tinggi dengan juara Grand Slam, Li Na dan Petra Kvitova tersingkir namun dua pemain pemain Rusia, Maria Sharapova dan Vera Zvonareva ke suku akhir.

Sehari selepas pemain No. 1 dunia, Caroline Wozniacki, Serena Williams dan pilihan ketiga, Victoria Azarenka tersingkir, kecederaan, juara Terbuka Perancis, Li Na tewas 6-4, 3-6, 6-4 kepada Samantha Stosur.

Pemain China pertama memenangi Grand Slam itu juga tewas minggu lepas di Toronto kepada pemain Australia itu yang akan bertemu Sharapova pada suku akhir.

Stosur berada pada prestasi terbaik menjelang Terbuka Amerika Syarikat, mengulangi pencapaian tahun lepas mara sehingga ke suku akhir.

Juara Wimbledon, Kvitova mengalahkan pemain Jerman, Andrea Petkovic, 6-3, 6-3 manakala Sharapova menewaskan rakan senegara, Svetlana Kuznetsova 6-2, 6-3.

“Saya lega dan bermain dengan baik menentang pemain lawan, kami berdepan dengan perlawanan yang sukar sebelum ini,” kata Sharapova.

Pemain No. 2 dunia, Zvonareva menewaskan pemain kelayakan, Petra Martic 6-2, 6-2 dan akan berdepan pemain Slovakia, Daniela Hantuchova, yang menewaskan pemain Perancis, Marion Bartoli 6-3, 5-7, 6-3..

Seorang lagi pemain Rusia, Nadia Petrova gembira selepas menang 6-3, 6-3 ke atas pemain Amerika Syarikat, Christine McHale, yang mengejutkan Wozniacki pada pusingan kedua.

Pemain Serbia, Jelena Jankovic dua kali gagal melakukan servis namun bangkit menenggelamkan pemain Itali, Francesca Schiavone 6-3, 5-7, 6-4. Jankovic akan menentang pemain China, Peng Shuai yang menang straight set ke atas Shahar Peer.

Sharapova, terselamat, kejutan, Terbuka, Cincinnati, menyaksikan, pemain, berprofil, tinggi, juara, Grand, Slam, Li Na, petra, Kvitova, tersingkir, dua, pemain, pemain, Rusia, Maria Sharapova, Vera Zvonareva, suku, akhir, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, Caroline Wozniacki, Serena Williams, pilihan ketiga, Victoria, Azarenka, kecederaan, juara, Terbuka, Perancis, Li Na, tewas, Samantha, Stosur, Peng Shuai

Serena lenyapkan ego Wozniacki

Serena lenyapkan ego Wozniacki

NEW YORK: Juara tiga kali, Serena Williams mengetepikan cabaran pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, kelmarin untuk membuat perhitungan menentang Samantha Stosur dalam final wanita Terbuka AS yang menjanjikan saat emosi.

Serena – juara 13 kali Grand Slam- berkata dia teruja mewakili Amerika Syarikat ketika sambutan ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001 yang menimbulkan kemarahan di New York apabila Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia musnah.

Tarikh 9-11 terutamanya, sungguh bermakna kepada saya kerana saya masih berada di sini sebagai warga Amerika dan masih kekal beraksi dalam kejohanan, katanya selepas menundukkan pilihan pertama Wozniacki 6-2, 6-4.

Stosur – naib juara Terbuka Perancis 2010 – mara ke final Grand Slam kedua dalam kariernya selepas menewaskan pemain bukan pilihan dari Jerman, Angelique Kerber 6-3, 2-6, 6-2.

Serena memburu kejuaraan Grand Slam ke-14 dan pertama sejak Wimbledon 2010.

Serena, lenyapkan, ego, Wozniacki, NEW YORK,Juara, tiga, kali, Serena Williams, cabaran, pemain, nombor, satu, dunia, Caroline Wozniacki, menentang, Samantha Stosur, final, wanita, Terbuka, AS,  saat, emosi, Serena, juara, Grand, Slam, teruja, mewakili, Amerika Syarikat, sambutan, ulang, tahun, serangan, kemarahan, New, York, berita sukan, berita dunia, berita tv, berita antarabangsa