Tag Archives: Genk

Torres julang Chelsea

Torres julang Chelsea

LONDON – Penyerang Chelsea, Fernando Torres tampil dengan aksi bertenaga ketika mereka menewaskan Genk pada saingan peringkat Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

Torres yang turut mendapat sokongan daripada David Luiz membuktikan bahawa dia masih tergolong dalam senarai penyerang paling berwibawa di Eropah.

Pasangan Chelsea itu menampilkan keserasian yang menakjubkan ketika membantu The Blues menewaskan Genk 5-0 di Stamford Bridge.

Torres berjaya menamatkan kemarau jaringan di pentas Eropah dengan meledak dua gol, namun pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas belum mahu memuji prestasi yang dipamerkan penyerang dari Sepanyol itu.

“Kejayaan kami bukan bergantung kepada seorang individu tetapi ia adalah hasil daripada persembahan berpasukan.

“Hari ini (kelmarin) Tor- res berada pada prestasi terbaik dan dia semakin bijak menyambar peluang. Apa pun, kejayaan kami adalah hasil kerja keras daripada semua pemain.”

Selain Torres, turut berada dalam senarai penjaring termasuk Raul Mei- reles, Branislav Ivanovic dan pemain gantian, Salo- mon Kalou.

Kemenangan tersebut merupakan kejayaan terbesar Chelsea di Stamford Bridge dalam kejohanan Eropah dan kini mereka mendahului kedudukan dalam Kumpulan E.

“Saya puas hati dengan prestasi kami, bukan sahaja cara kami bermain tetapi komitmen daripada semua rakan sepasukan.

“Dua gol awal meletakkan kami dalam kedudukan yang sangat selesa dan dua lagi sebelum separuh masa sudah menampakkan hasil daripada kerja keras kami sepanjang perlawanan tersebut.

“Apa yang lebih penting, kami harus memikirkan untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Bulan ini akan menjadi penentu buat kami sama ada kami berpeluang menjulang trofi atau sebaliknya,” ujarnya.

Torres, julang, Chelsea, LONDON, Penyerang, Chelsea, Fernando Torres, tampil, aksi, bertenaga, menewaskan, Genk, saingan, peringkat, Kumpulan E, saingan, Liga Juara-Juara, sokongan, David Luiz, masih, tergolong, senarai, penyerang, paling, berwibawa, Eropah, Pasangan, Chelsea, menampil, keserasian, menakjubkan, membantu, The Blues, Genk, Stamford Bridge, Raul Mei- reles, Branislav Ivanovic, pemain, gantian, Salomon Kalou, berita sukan, berita bolasepak, berita dunia, berita terkini, berita baru, gambar berita, foto berita, web berita, pos berita, sukan, bolasepak, berita lain-lain

Genk tentukan masa depan Torres

Genk tentukan masa depan Torres

LONDON – Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mengesahkan masa depan Fernando Torres dengan kelab itu bergantung kepada aksi Liga Juara-Juara menentang pasukan dari Belgium, Genk esok.

Sekiranya Torres diturunkan, bermakna penyerang dari Sepanyol kekal berada dalam perancangan jangka panjang Villas- Boas.

Tetapi jika sebaliknya berlaku, bermakna jodoh Torres bersama kelab gergasi itu mungkin tidak akan berpanjangan.

“Jika kami tidak memutuskan tentang nasibnya (pada perlawanan menentang Genk), bermakna dia akan diketepikan untuk masa yang lama.

“Namun, Torres cukup cergas dalam latihan malah bermain untuk Sepanyol lagi. Cuma kami perlu buat satu keputusan penting sama ada dia masih berada dalam perancangan pasukan ini,” kata Villas-Boas.

Torres telah diketepikan dalam dua perlawanan terbaharu Chelsea selepas menerima kad merah ketika aksi menentang Swansea pada 24 September lalu.

Bagaimanapun, kad merah tersebut tidak menyekatnya untuk beraksi di peringkat Eropah, termasuk menentang Genk di Stamford Bridge esok.

Namun, semasa ketiadaannya, Daniel Sturridge berjaya meyakinkan Villas- Boas untuk merampas tempat Torres dengan menjaringkan gol ketika menentang Bolton dan Everton.

Malah, Villas-Boas dijangka akan mengekalkan gandingan Sturridge, Didier Drogba dan Juan Mata di barisan serangan dan itu tentunya memberi tamparan hebat kepada Torres.

Genk, masa, depan, Torres, LONDON, Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas, mengesahkan, masa, depan, Fernando Torres, kelab, bergantung, aksi, Liga Juara-Juara, menentang, pasukan, Belgium, Genk, Sekira, bermakna, penyerang, Sepanyol, kekal, perancangan, jangka, panjang, Villas- Boas,sebalik, berlaku, bermakna, jodoh, bersama, kelab, gergasi, berpanjangan, Chelsea, menerima, kad merah, aksi, menentang, Swansea, September, Bagaimanapun, kad merah, menyekat, beraksi, peringkat, Eropah, menentang, Genk, Stamford, Bridge, esok, Daniel Sturridge, berjaya, Villas- Boas, merampas, tempat, Torres, menjaringkan, gol, ketika, menentang, Bolton, Everton