Tag Archives: Disember

Nadal julang Sepanyol

Nadal julang Sepanyol

PARIS – Saingan separuh akhir Kejohanan Tenis Piala Davis awal pagi semalam menyaksikan skrip berbeza antara finalis Terbuka Amerika Syarikat – Novak Djokovic dan Rafael Nadal.

Tatkala Nadal mengetuai Sepanyol membelasah Perancis 4-1, Djokovic pula sengsara melihat Serbia tewas 2-3 kepada Argentina.

Sepanyol akan menentang Argentina pada perlawanan akhir Piala Davis Disember depan dalam misi memburu kejuaraan buat kali kelima setelah memenangi Piala Davis pada edisi 2000, 2004, 2008 dan 2009.

Argentina pula masih tercari-cari kejuaraan sulung selepas hanya berpuas hati sebagai naib juara sebanyak tiga kali sebelum ini.

Pada aksi awal pagi semalam, kekecewaan tewas kepada Djokovic pada final Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu dilihat telah berjaya dilupakan Nadal.

Pemain No. 2 dunia itu mudah mengatasi pemain utama Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 6-0, 6-2, 6-4 setelah membenam cabaran Richard Gasquet 6-3, 6-0, 6-1 pada Jumaat lalu.

Rakan sepasukan Nadal, David Ferrer pula meneruskan rentak kecemerlangan setelah menewaskan Gilles Simon 6-1, 6-4, 6-1.

Bagaimanapun, gandingan Tsonga dan Michael Llodra kembali menghidupkan peluang Perancis setelah menewaskan beregu Sepanyol, Feliciano Lopez dan Fernando Verdasco 6-1, 6-2, 6-0.

Verdasco kemudiannya menamatkan langkah bergaya Sepanyol melangkah ke final selepas menewaskan Gasquet 6-2, 6-1.

“Ia sesuatu yang menakjubkan, saya sungguh terharu hari ini (awal pagi semalam),” kata Nadal yang bakal beraksi di pentas akhir Piala Davis buat kali keenam.

“Walaupun tidak cergas sepenuhnya ketika menentang Gasquet, saya gembira kerana berjaya mempamerkan aksi sebenar bagi membantu Sepanyol meraih kemenangan.

Sementara itu, Djokovic ternyata kecewa gagal membantu Serbia mara ke final apabila kecederaan belakang kembali menghantuinya.

Situasi itu sekali gus memaksa Djokovic menarik diri selepas ketinggalan 6-7, 0-3 ketika menentang Juan Martin Del Potro.

“Sudah tentu saya amat kecewa perlawanan berakhir dengan cara ini.

“Saya telah cuba sebaik mungkin, tetapi ia tidak berjaya,” kata pemain No. 1 dunia itu.

Nadal, julang, Sepanyol, PARIS, Saingan, separuh, akhir, Kejohanan, Tenis, Piala, Davis, skrip, finalis, Terbuka, Amerika Syarika, Novak, Djokovic, Rafael, Nadal, Sepanyol, membelasah, Perancis, Djokovic, sengsara, Serbia, tewas, Argentina, Sepanyol, menentang, Argentina, perlawanan, akhir, Piala, Davis, Disember, depan, misi, memburu, kejuaraan, buat, kali, kelima, memenangi, Piala, Davis, edisi, berita dunia, berita asia, berita sukan, berita terkini