Tag Archives: digantung

Capello ketepikan Rooney

Capello ketepikan Rooney

LONDON – Jurulatih England, Fabio Capello berkata, Wayne Rooney tidak boleh berharap untuk mudah disenaraikan dalam kesebelasan utama pada Euro 2012 selepas pemain itu digantung kerana dilayangkan merah ketika menentang Montenegro.

Rooney sekurang-kurangnya akan digantung satu perlawanan pada pusingan akhir di Poland dan Ukraine, selepas bintang Manchester United itu menerima kad merah keenam dalam kariernya.

Capello berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mencari alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.

“Ya, sepanjang kehidupan saya sebagai pengurus, saya pernah meletakkan ramai pemain di bangku simpanan. Saya selalunya akan membuat keputusan siapakah pemain terbaik.

“Saya perlu mencari jalan penyelesaiannya untuk satu atau dua perlawanan pertama yang mana Rooney tidak boleh beraksi.

“Jika kami berjaya mengatasinya, dia perlu bekerja keras untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama.

“Anda kenal saya. Kadang kala saya buat kesilapan, tetapi saya akan cuba untuk memilih pemain yang berada pada prestasi terbaik.

“Terdapat dua pemain yang saya tidak pilih untuk beraksi pada perlawanan ini tetapi memiliki prestasi yang baik. Saya telah menyaksikan permainan Jermain Defoe ketika menentang Arsenal.

“Dia beraksi dengan baik. Dia banyak bergerak dan memberikan tekanan kepada lawan, Daniel Sturridge pun sama,” kata Capello.

Setelah tempat England ke pusingan Euro sudah terjamin, Capello akan memanfaatkan perlawanan persahabatan dengan juara dunia, Sepanyol pada 12 November ini untuk menilai barisan serangan pasukan.

“Rooney tidak akan bermain pada perlawanan menentang Sepanyol. Saya mahu menguji pemain baru, gaya baru dan pergerakan yang berbeza,” kata Capello.

Capello, Rooney, LONDON, Jurulatih, England, Fabio Capello, Wayne Rooney, berharap, mudah, kesebelasan, utama, pada, Euro, pemain, digantung, layangkan, merah, ketika, menentang, Montenegro, Poland, Ukraine, bintang, Manchester, United, menerima, kad, merah, keenam, kariernya, bangku, simpanan, keputusan, pemain, terbaik, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv

Fabregas berkeras mahu ke Barca

Fabregas berkeras mahu ke Barca

NYON, Switzerland – Arsenal tetap menyenaraikan pemain yang menjadi sasaran Barcelona, Cesc Fabregas dalam skuad yang akan menentang Udinese pada perlawanan playoff Liga Juara-Juara.

Di bawah peraturan UEFA, pemain yang beraksi pada perlawanan playoff dalam sebuah pasukan, dilarang membuat penampilan bersama pasukan lain.

Fabregas dilaporkan mungkin enggan untuk beraksi menentang Udinese kerana mahu mengekalkan peluang ke Barcelona.

Arsenal menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama pada Selasa ini, disusuli perlawanan kedua pada 24 Ogos di Itali.

Barcelona cuba mendapatkan Fabregas dari Arsenal sejak lebih setahun lalu dan berharap dapat menandatangani bekas pemain muda mereka itu sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir hujung bulan ini.

Fabregas, yang juga ketua pasukan Arsenal dinamakan sebagai pemain paling atas dalam senarai yang dihantar kepada UEFA, diikuti Robin van Persie yang bakal mengemudi pemain Gunners di atas padang padang seandainya pemain Sepanyol itu menarik diri.

Van Persie digantung perlawanan untuk pusingan pertama di laman sendiri menentang Udinese selepas dilayangkan kad merah ketika Gunners kalah pada peringkat 16 pasukan terakhir musim lalu kepada Barcelona.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan pemain tengah, Samir Nasri juga bakal terlepas aksi pusingan pertama di London selepas berkelakuan kurang sopan kepada pengadil Massimo Busacca di Barcelona.

UEFA menerima senarai 25 pemain untuk beraksi pada playoff dalam senarai ‘A’ bagi pemain yang layak pada tarikh tutup Isnin lalu.

Kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara juga boleh menyenaraikan pemain muda tempatan dalam senarai ‘B’.

Selain dua nama tersebut, Arsenal turut menyenaraikan pemain Alex Chamberlain dalam senarai ‘A’, beberapa jam selepas proses perpindahan pemain itu selesai.

Wenger menyenaraikan lebih 25 nama kerana pemain seperti Jack Wilshere, Aaron Ramsey dan Wojciech Szczesny boleh diletakkan dalam senarai ‘B’.

Kesemua pemain tersebut lahir sejak 1990 dan telah bersama dengan kelab berkenaan lebih dua tahun.

fabregas, mahu, online, berkeras, fabregas berkeras, berkeras mahu, barca, mahu barca, sukan, luar, negara, luar negara, Arsenal, menyenaraikan, pemain sasaran, Barcelona, Cesc Fabregas, skuad, menentang, Udinese, playoff, Liga Juara-Juara, Van Persie, digantung, perlawanan, pusingan, pertama, laman sendiri, menentang, Udinese, kad merah, Gunners, terakhir, musim, Barcelona, Pengurus, Arsenal, Arsene Wenger, pemain, tengah, Samir Nasri, pertama, London, selepas, pengadil, Massimo Busacca, Barcelona