Tag Archives: bangku

Capello ketepikan Rooney

Capello ketepikan Rooney

LONDON – Jurulatih England, Fabio Capello berkata, Wayne Rooney tidak boleh berharap untuk mudah disenaraikan dalam kesebelasan utama pada Euro 2012 selepas pemain itu digantung kerana dilayangkan merah ketika menentang Montenegro.

Rooney sekurang-kurangnya akan digantung satu perlawanan pada pusingan akhir di Poland dan Ukraine, selepas bintang Manchester United itu menerima kad merah keenam dalam kariernya.

Capello berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mencari alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.

“Ya, sepanjang kehidupan saya sebagai pengurus, saya pernah meletakkan ramai pemain di bangku simpanan. Saya selalunya akan membuat keputusan siapakah pemain terbaik.

“Saya perlu mencari jalan penyelesaiannya untuk satu atau dua perlawanan pertama yang mana Rooney tidak boleh beraksi.

“Jika kami berjaya mengatasinya, dia perlu bekerja keras untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama.

“Anda kenal saya. Kadang kala saya buat kesilapan, tetapi saya akan cuba untuk memilih pemain yang berada pada prestasi terbaik.

“Terdapat dua pemain yang saya tidak pilih untuk beraksi pada perlawanan ini tetapi memiliki prestasi yang baik. Saya telah menyaksikan permainan Jermain Defoe ketika menentang Arsenal.

“Dia beraksi dengan baik. Dia banyak bergerak dan memberikan tekanan kepada lawan, Daniel Sturridge pun sama,” kata Capello.

Setelah tempat England ke pusingan Euro sudah terjamin, Capello akan memanfaatkan perlawanan persahabatan dengan juara dunia, Sepanyol pada 12 November ini untuk menilai barisan serangan pasukan.

“Rooney tidak akan bermain pada perlawanan menentang Sepanyol. Saya mahu menguji pemain baru, gaya baru dan pergerakan yang berbeza,” kata Capello.

Capello, Rooney, LONDON, Jurulatih, England, Fabio Capello, Wayne Rooney, berharap, mudah, kesebelasan, utama, pada, Euro, pemain, digantung, layangkan, merah, ketika, menentang, Montenegro, Poland, Ukraine, bintang, Manchester, United, menerima, kad, merah, keenam, kariernya, bangku, simpanan, keputusan, pemain, terbaik, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv

Permata baharu Anfield

Permata baharu Anfield

LONDON – Dua gol selepas dua perlawanan membuktikan betapa bernilainya Luis Suarez (gambar) untuk membawa Liverpool kembali ke kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana England musim ini.

Bermula dari bangku simpanan pada aksi menentang Arsenal malam kelmarin, penyerang Uruguay itu bersama-sama Raul Meireles yang dimasukkan pada minit ke-70 berjaya membantu Liverpool mencatat kemenangan 2-0 ke atas Arsenal.

Gandingan dua pemain itu berjaya mencipta banyak peluang sekali gus dua jaringan terhasil menerusi gol sendiri Aaron Ramsey pada minit ke-78 dan jaringan Suarez pada penghujung perlawanan.

“Ia satu gandingan baik serta pertukaran yang berkesan. Bagaimanapun kami tetap gembira dengan aksi Andy Carroll dan Dirk Kuyt sebelum mereka dibawa keluar.

“Tapi apabila kami memiliki dua pemain berkualiti di bangku simpanan, tak salah untuk kami mempertaruhkan mereka,” kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.

Suarez sebelum ini menjaringkan gol tunggal Liverpool ketika seri 1-1 dengan Sunderland pada aksi sulung minggu lalu.

Dalglish turut menegaskan betapa pentingnya untuk menguruskan pembahagian beban pemain bagi mengelak kecederaan sambil mengakui kesilapannya ketika meletakkan Suarez dalam kesebelasan utama menentang Sunderland.

“Minggu lalu mungkin saya tidak berlaku adil terhadap Suarez. Saya rasa tidak adil untuk dia yang baru kembali menyertai skuad. Saya lihat dia begitu hebat pada sesi latihan dan berasakan dia perlu diturunkan.

“Memang dia masih mampu menjaringkan gol dan beraksi dengan baik pada perlawanan itu tetapi dia tidak dapat memiliki kekuatan sama seperti kebiasaannya,” jelas Dalglish.

Suarez, 24, baru saja kembali ke England selepas membantu Uruguay menjuarai Copa America dan muncul pemain terbaik kejohanan selepas berjaya meledak empat gol.

permata, baharu, permata baharu, anfield, baharu anfield, berita sukan, berita antarabangsa, berita kl, berita asia,  berita berita, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita indon, berita terkini, asia, gol, dua, perlawanan, Luis, Suarez, Liverpool, empat, pasukan, terbaik, Liga, Perdana England, musim, Bermula, bangku, simpanan, aksi, menentang, Arsenal, malam, kelmarin, penyerang, Uruguay, Raul Meireles, berjaya, membantu, Liverpool, kemenangan, Arsenal