Tag Archives: angkatan tentera

Britain sewa helikopter Rusia

du_02.1

Britain sewa helikopter Rusia

KABUL – Gara-gara kekurangan jentera pengangkutan udara, kerajaan Britain sanggup menyewa helikopter dan pesawat Rusia untuk mengangkut askar-askarnya di Afghanistan.

Kementerian Pertahanan Britain dilapor menggunakan sejumlah helikopter Mi-8 dan Mi-26 buatan Rusia yang dikendali juruterbang kontrak dari Rusia dan Ukraine untuk mengangkut anggota tentera negara itu berulang-alik dari medan pertempuran.

Selain itu, Britain turut menyewa pesawat pengangkut Rusia, Antonov untuk mengangkut kenderaan dan peralatan berat dari pangkalan Tentera Udara Diraja Britain (RAF) di Oxfordshire ke Afghanistan. Semua pesawat itu tidak memiliki lambang RAF.

Kerajaan Britain sekali lagi mendapat malu selepas media negara itu mendedahkan terdapat lapan helikopter pengangkut RAF jenis Chinook yang kesemuanya berharga £259 juta (RM1.5 bilion) tersadai di beberapa hangar di Wiltshire sejak diserahkan pada 2001.

Semua helikopter itu tak ubah seperti gajah putih selepas Kementerian Luar Britain gagal meminta hak perisian penerbangan daripada syarikat Boeing yang membuat helikopter itu.

Isu kekurangan jentera pengangkutan udara mencetuskan perang dingin antara ketua angkatan tentera Britain, Jeneral Richard Dannat dan Perdana Menteri Gordon Brown.

Dannat yang terpaksa menumpang sebuah helikopter milik Amerika Syarikat ketika berada di Afghanistan pada minggu lalu berang selepas pentadbiran Brown memandang sepi permintaannya supaya kerajaan mengeluarkan peruntukan tambahan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Tanpa pesawat yang cukup, kita (tentera Britain) terpaksa berdepan risiko jerangkap samar dan bom tepi jalan yang banyak ditanam militan di beberapa lokasi di selatan Afghanistan. Kami malu kerana terpaksa merayu untuk menumpang atau meminjam pesawat tentera pakatan lain,” kata seorang pegawai tentera Britain.

Britain,Britain berita, Britain kini, Britain dunia, Britain asia,Britain malaysia, Britain melayu, Britain indon, Britain indonesia, Britain kl, Britain foto, Britain gambar, Britain bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1