Tag Archives: Al Rajhi foto

Al Rajhi Bank yakin raih deposit RM100j

al_rajhi_bank

Al Rajhi Bank yakin raih deposit RM100j

Kempen simpanan dan pelaburan i-Zamzam tawar ganjaran umrah, haji

AL Rajhi Bank yakin meraih deposit RM100 juta dalam tempoh tiga bulan ini menerusi kempen simpanan deposit dan pelaburan terbarunya, i-Zamzam, yang menawarkan ganjaran mengerjakan ibadat umrah dan haji kepada mereka yang bertuah.

Pengarah Perbankan Runcitnya, Sabry Ghouse, berkata kempen itu menawarkan lima pakej umrah menerusi cabutan yang akan dibuat pada Ogos dan 10 pakej haji pada cabutan kali kedua yang akan dibuat pada Oktober.

Beliau berkata, kempen i-Zamzam itu akan diteruskan walaupun selepas tarikh berkenaan dengan menawarkan dua pakej umrah dan satu pakej haji setahun.

“Kami sudah membeli tiket penerbangan seperti yang ditetapkan, dan kini hanya menanti hari cabutan untuk diberikan kepada pemenang bertuah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sabry berkata, pelanggan memberi maklum balas yang menggalakkan terhadap kempen terbaru yang ditawarkan bank berpangkalan di Arab Saudi itu.

“Dalam tempoh dua minggu sejak ditawarkan pada 1 Julai lalu, kami sudah merekodkan deposit pada gandaan dua angka dan kami sifatkan sambutan ini sebagai begitu menggalakkan jika dibandingkan dengan persekitaran ekonomi yang tidak menggalakkan, yang mana sebahagian besar pengguna sedang berdepan dengan kesukaran dan berhati-hati dengan sebarang isu kewangan,” katanya.

Untuk layak menyertai kempen i-Zamzam itu, pelanggan hanya perlu membuat simpanan atau pelaburan minimum RM1,000 atau membuka akaun simpanan di mana-mana 19 cawangan Al Rajhi Bank di seluruh negara.

“Lebih panjang tempoh dan banyak jumlah simpanan atau pelaburan pelanggan, lebih banyak peluang untuk menunaikan umrah atau haji,” kata Sabry.

Beliau menjelaskan, setiap pelaburan RM1,000 yang dimasukkan pada Julai layak mendapat enam kali peluang menerima ganjaran itu, manakala pelaburan jumlah sama pada bulan Ogos mendapat tiga kali peluang dan pelaburan pada September mendapat sekali peluang.

Cabutan akan dibuat secara automatik menerusi data simpanan atau deposit pelaburan yang dimasukkan oleh pelanggan ke dalam bank, katanya.

Katanya, kempen itu sah untuk akaun yang aktif dan terhad kepada pelanggan beragama Islam saja.

Sabry berkata, syarat itu ditetapkan dengan jelas dalam borang bagi memastikan tidak wujud salah faham di kepada pelanggan bukan Islam memandangkan Al Rajhi Bank turut memberi perkhidmatan keada pelanggan bukan Islam yang merangkumi antara 40-45 peratus daripada jumlah deposit bank itu.

Sejak mula beroperasi dua tahun lalu, Al Rajhi Bank sudah menjana RM3 bilion deposit daripada kira-kira 100,000 pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai warga negara.

Daripada deposit itu, antara 40-45 peratus disumbang oleh pelanggan bukan Islam.

Berdasarkan perkembangan yang menggalakkan itu, Sabry berkata Al Rajhi yang disokong operasinya oleh 370 kakitangan itu tidak pernah terfikir untuk menarik pelaburannya di negara ini, malah menjadikan Malaysia sebagai landasan untuk perkembangannya di Asia.

Beliau juga berkata, kempen yang menarik seperti i-Zamzam, yang dihasilkan 100 peratus oleh kakitangan Al Rajhi Bank Malaysia, akan dijadikan dikekalkan pada masa akan datang, malah akan dibawa ke pasaran baru yang bakal diterokai.

Al Rajhi,Al Rajhi berita, Al Rajhi kini, Al Rajhi dunia, Al Rajhi asia,Al Rajhi malaysia, Al Rajhi melayu, Al Rajhi indon, Al Rajhi indonesia, Al Rajhi kl, Al Rajhi foto, Al Rajhi gambar, Al Rajhi bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1