Tag Archives: Akibat

Klum insurans kaki RM6.1j

Klum insurans kaki RM6.1j

Nilai sebelah kiri lebih rendah akibat parut terkena kaca

TORONTO: Kaki supermodel berasal dari Jerman, Heidi Klum diinsuranskan sebanyak AS$2 (RM6.1 juta).

Bekas model pakaian dalam Victoria Secret yang berkahwin dengan penyanyi kulit hitam, Seal bagaimanapun perlu menjalani pemeriksaan kakinya dulu sebelum harga ditetapkan.

Akhbar Toronto Sun melaporkan, Klum berkata sebelah kakinya bernilai lebih daripada yang sebelah lagi kerana ada parut akibat terpijak serpihan kaca.

“Saya secara peribadi tidak membeli insurans untuk kaki saya tetapi pelanggan saya baru-baru ini berbuat demikian untuk saya. Secara dasarnya, ketika saya berada di London, saya ke tempat di mana mereka memeriksa kaki saya,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan televisyen Extra.

“Mereka melihat dan menilai kaki saya. Ada parut ketika saya terpijak serpihan kaca di kaki kiri, jadi ia tidaklah semahal kaki di sebelah kanan,” kata hos televisyen, pereka kasut, minyak wangi dan barang perhiasan itu.

The Nation bagaimanapun melaporkan Klum bukanlah selebriti pertama yang membeli insurans untuk kaki atau bahagian badan yang lain.
Secara praktikal, ia sudah lama diamalkan. Bintang filem, Betty Grable dan Angie Dickinson masing-masing menginsuranskan kaki mereka dengan nilai AS$1 juta (RM3 juta). Pelawak, Jimmy Durante turut membeli insurans untuk hidungnya sebanyak AS$50,000 (RM154,192), manakala penyanyi dan aktres, Marlene Dietrich menginsuranskan suaranya dengan harga AS$1 juta (RM3 juta).

Bruce Springsteen dengan mudah membeli insurans bernilai AS$6 juta (RM18.4 juta) untuk kerongkong yang terkenal itu.

Bintang televisyen yang turut menyertai kegilaan insurans kaki termasuk Angie Everhart dan Mary Hart yang membeli insurans untuk kedua-dua kaki dengan nilai AS$1 juta (RM3 juta).

Klum, insurans, kaki, sebelah, kiri, rendah, akibat, parut, terkena, kaca, TORONTO, Kaki, supermodel, Jerman, Heidi Klum, Bekas, model, pakaian, Victoria, Secret, berkahwin, penyanyi, kulit, hitam, Seal, menjalani, pemeriksaan, dulu, harga, Akhbar, Toronto, Sun, melaporkan, Klum, bernilai, parut, terpijak, serpihan, kaca, Bintang, filem, Betty Grable, Angie Dickinson, berita dunia, berita foto, berita gambar, berita gay, berita harian, berita indon, berita indonesia, berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, berita tv

Gaddafi akhirnya mati ditembak

Gaddafi akhirnya mati ditembak

SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.

Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.

“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.

NTC merupakan badan yang memerintah Libya buat sementara waktu selepas Gaddafi melarikan diri ekoran kejayaan para pejuang yang menentang kepimpinannya memasuki ibu kota Libya, Tripoli lewat Ogos lalu.

“Terdapat banyak tembakan ke atas kumpulannya dan dia mati,” tambahnya.

Sebelum ini dia memberitahu bahawa Gaddafi yang berumur dalam lingkungan 69 tahun ditangkap dan mengalami kecederaan di kedua-dua kakinya pada Subuh semalam.

Ketika itu, dia sedang melarikan diri bersama sebuah konvoi semasa jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan.

NATO mengambil alih operasi ketenteraan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melindungi orang awam pada 31 Mac lalu.

Sejak itu, jet-jet NATO mengendalikan serangan udara dan melaksanakan zon larangan terbang di Libya termasuk melaksanakan sekatan senjata menerusi rondaan di laut.

NATO mengesahkan semalam bahawa jet-jetnya telah mengebom satu konvoi ketenteraan dekat Sirte pada waktu pagi.

Namun, ia menyatakan adalah sukar untuk menyatakan sama ada serangan tersebut menyumbang kepada kemungkinan kematian Gaddafi.

Menurut Abdel Majid, Gaddafi telah dibawa keluar dari lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah ambulans.

Menurut seorang pejuang anti-Gaddafi, bekas pemimpin itu ditemui bersembunyi di sebuah lubang saluran air dan berkata: “Jangan tembak, jangan tembak.”

Pejuang itu menyatakan bahawa Gaddafi membuat rayuan itu kepada sekumpulan lelaki yang berjaya menangkapnya.

Seorang pegawai NTC, Mahmoud Shammam memberitahu terdapat gambar yang menunjukkan kejadian penangkapan tersebut.

Ketua Tentera di Tripoli, Abdel Hakim Belhaj juga mengesahkan Gaddafi telah mati dibunuh.

“Dia sudah pun mati,” katanya kepada stesen televisyen Al-Jazeera.

Mayat Gaddafi itu dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan demi keselamatan, kata seorang lagi pegawai NTC.

Gaddafi, akhir, mati, tembak, SIRTE, Bekas, pemimpin, Libya, Muammar Gaddafi, mati, akibat, kecederaan, semasa, bertempur, bandar, kelahiran, sini, semalam, memerintah, Libya, sejak, mati, selepas, tangkap, kumpulan, para, pejuang, menentang, kepimpinan, sejak, Februari, tembak kepala, pegawai, Majlis, Peralihan, Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta, agensi, berita dunia, berita asia, Tripoli, Pertubuhan, Bangsa Bangsa, Bersatu, stesen, televisyen, Al-Jazeera, berita negara asia, Gaddafi mati, Gaddafi mati berita, Gaddafi mati kini, Gaddafi mati dunia, Gaddafi mati asia, Gaddafi mati malaysia, Gaddafi mati melayu, Gaddafi mati indon, Gaddafi mati indonesia, Gaddafi mati kl, Gaddafi mati foto, Gaddafi mati gambar, Gaddafi mati bf1

Akibat Radiasi Sutet, Riki Tergolek Lemas

10

Akibat Radiasi Sutet, Riki Tergolek Lemas

BANJAR – Riki, 13 tahun, warga Dusun Cikapundug, Kecamatan Banjar, Kota Banjar, Jawa Barat, Kini terbaring lemas di rumahnya. Riki mendadak sakit setelah diduga terkena dampak radiasi dari menara saluran udara tegangan ekstra tinggi (sutet). Setelah diperiksakan ke dokter, Riki dinyatakan terkena infeksi saluran pernafasan akut (Ispa).

Saat ditemui di rumahnya, Kamis (8/10/2009), memang jarak rumah tinggal Riki dengan menara sutet kurang dari tiga meter. Bahkan bentangan kabel tepat berada di atas atap rumah Riki. Saat hujan turun, tak jarang bentangan kabel sutet itu kerap mengeluarkan suara bising. Selain itu, gangguan lainnya terjadi pada aliran listrik yang kadang tidak menentu, seperti masih adanya aliran listrik meskipun sudah dipadamkan dari saklar utamanya.

Jelas kejadian ini membuat resah para warga, khusunya mereka yang rumahnya hanya berjarak kurang dari tiga meter dari menara sutet. Namun anehnya, hingga saat ini meskipun banyak warga yang sudah sering mengadu, belum juga ada tanggapan dari pihak terkait khususnya dari Pemkot Banjar.

Akibat, Akibat kini, Akibat terkini, Akibat terbaru, Akibat baru, Akibat Akibat, gambar Akibat, foto Akibat, video Akibat, biodata Akibat, biografi Akibat, sejarah Akibat, web Akibat, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita Akibatia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Akibatan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, Akibatia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Akibatan, baru, macam-macam, Bf-1