Strategi Webber buru kejuaraan

Strategi Webber buru kejuaraan

Strategi Webber buru kejuaraan

LONDON – Pemandu Red Bull, Mark Webber harus memburu sekurang-kurangnya sekali lagi podium utama seandainya berhasrat dinobatkan selaku juara dunia Formula Satu (F1) musim ini.

Webber kini mendahului kategori pemandu dengan mengumpul 220 mata, 14 mata di hadapan pemandu Ferrari, Fernando Alonso serta rakan sepasukannya, Sebastian Vettel.

Begitupun Webber berkata, kedudukan podium (tempat kedua dan ketiga) dalam baki tiga perlumbaan terakhir musim ini masih belum mencukupi bagi memastikan kejuaraan dunia menjadi miliknya.

Sejak kali terakhir meraih kejuaraan pada Grand Prix (GP) Hungary Ogos lalu, Webber gagal berada di podium utama.

Alonso, Vettel dan pemandu McLaren, Lewis Hamilton pula masing- masing menjuarai sekurang-kurangnya satu perlumbaan.

“Saya perlu menang lagi musim ini,” jelas Webber.

“Saya yakin saya mampu melakukannya dan inilah peluang saya untuk mengukuhkan kedudukan. Masih ada 75 mata untuk dikejar dan mereka (Alonso dan Vettel) juga tidak jauh ketinggalan.

“Namun apa yang paling penting, keyakinan untuk menang. Saya perlu kekalkan keyakinan diri. Masih ada tiga perlumbaan lagi dan saya perlu pastikan saya berada pada keadaan terbaik.”

Perlumbaan GP Korea akan diadakan pada 24 Oktober ini diikuti Brazil (7 November) dan Abu Dhabi (14 November).

Strategi, Strategi kini, Strategi terkini, Strategi terbaru, Strategi baru, Strategi skandal, gambar Strategi, foto Strategi, video Strategi, biografi Strategi, sejarah Strategi, web Strategi, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia