Sneijder hampiri Old Trafford

Sneijder hampiri Old Trafford

MILAN – Wesley Sneijder bakal bergelar bintang baharu Manchester United minggu ini andai dia menerima struktur pembayaran gaji yang ditetapkan untuk perpindahannya ke kelab gergasi England itu.

Inter Milan secara dasarnya telah bersetuju dengan yuran perpin- dahan sebanyak £30 juta (RM144.8 juta) yang dikemukakan United untuk mendapatkan pemain tengah Belanda itu dan United dijangka membuat tawaran rasmi dalam masa terdekat.

Kelab Itali itu juga bersedia untuk membenarkan Sneijder melakukan perbincangan dengan wakil pegawai dari Old Trafford.

Namun hanya satu perkara yang mampu menyekat perpindahan tersebut iaitu berhubung jumlah gaji yang akan diminta oleh Sneij- der setelah dia menikmati status cukai memuaskan sepanjang beraksi di Itali.

Sneijder sudah pasti tidak mahu mengalami penurunan gaji berbanding ketika bersama Inter ketika ini iaitu bersamaan £190,000 (RM916,978) seminggu, jumlah yang agak tinggi dalam struktur gaji United.

Namun United bakal tampil menerangkan kaedah pembayaran gaji di United yang turut merangkumi bonus dan juga bayaran penda- huluan selepas menandatangani kontrak bergantung kepada tempoh kontrak tersebut.

Ia pasti akan menyamai kontrak Sneijder ketika bersama Inter dan para pemain United turut berpeluang menambah pendapatan menerusi hak cipta imej bagi tujuan pengiklanan.

Kedua-dua kelab telah membuat kenyataan berhubung perpindahan Sneijder ini dengan Inter mengesahkan mereka telah menerima bidaan dari England manakala pengurus United, Alex Ferguson pula meminta pemain itu menimbang tawaran mereka.

Ferguson telah pun berbincang dengan Ketua Eksekutif United, David Gill mengenai prospek meningkatkan pakej gaji kepada Sneijder.

Ejen kepada pemain itu turut di- jangka terbang ke London sebelum penghujung minggu ini dan United berharap agar Sneijder dapat turut menjalani latihan pada Sabtu ini.

Sneijder berita, Sneijder berita asia, Sneijder berita baru, Sneijder berita bf1, Sneijder berita bulan, Sneijder berita dunia, Sneijder berita foto, Sneijder berita gambar, Sneijder beritagay, Sneijder berita harian, Sneijder berita indon, Sneijder berita indonesia, Sneijder berita kini, berita kl, berita malaysia, berita melayu, berita penting, berita scander, berita sukan, berita terkini, sukan, kosmo, sneijder, iklan, online, trafford, hampiri, sneijder hampiri, hampiri trafford, artikel, dalam, kepala, kosmo online, online sukan, utama, united, foto Sneijder, pos Sneijder