Skuter untuk menyelam di terumbu karang

Skuter untuk menyelam di terumbu karang

Skuter untuk menyelam di terumbu karang

LONDON – Seorang pereka Britain, Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi meneroka kawasan terumbu karang, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka yang tidak pandai berenang boleh menaiki skuter itu untuk meneroka lokasi-lokasi pelancongan di seluruh dunia sehingga kedalaman 30 meter selepas mendengar penerangan mengenai operasinya selama 10 minit.

Pengguna HydroBOB tidak perlu memakai gogal, peralatan pernafasan atau sut selam.

Para pengguna itu boleh memakai cermin mata dan bercakap ketika berada di dalam air.

Sebuah kubah kaca memberi pandangan 180 darjah manakala kenderaan itu dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama sejam di dalam air.

Skuter itu dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot.

Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya, Hydrodome, mengeluarkan 350 HydroBoB untuk disewa di beberapa lokasi pelancongan di dunia termasuk Kepulauan Bahamas, Australia dan Tenerife.

Skuter, Skuter kini, Skuter terkini, Skuter terbaru, Skuter baru, Skuter skandal, gambar Skuter, foto Skuter, video  Skuter, biografi Skuter, sejarah Skuter, web Skuter, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia