Shvedova lontar amaran

Shvedova lontar amaran

su_09.1

Shvedova lontar amaran

NEW YORK – Bintang Kazakhstan, Yaroslava Shvedova (gambar) memberi isyarat amaran kepada barisan pemain bintang agar lebih berhati-hati ketika berdepan dengannya pada Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat.

Ingatan Shvedova itu disuarakan sehari selepas dia menumbangkan pemain pilihan kelima dari Serbia, Jelena Jankovic 6-3, 6-7, 7-6 pada pusingan kedua kelmarin.

“Lebih baik mereka berhati-hati,” ujar Shevdova, pemain kelahiran Rusia.

“Kami (pemain kurang ternama) telah hadir untuk memberi saingan.”

Perlawanan pusingan kedua kelmarin turut menyaksikan kejutan apabila pemain remaja tuan rumah, Melanie Oudin menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Elena Dementieva 5-7, 6-4, 6-3.

“Tahun ini, saya dapat lihat bagai- mana ramainya pemain seperti kami yang berjaya membuat kejutan,” tambah Shvedova yang kini menduduki ranking ke-50 dunia.

“Saya rasa, cabaran besar telah bermula pada kejohanan ini.”

Menariknya, Shvedova yang akan berusia 22 tahun minggu depan mengakui mendapat keyakinan untuk menumbangkan Jankovic selepas menyaksikan kejayaan Oudin, 17, ke atas Dementieva.

“Saya beritahu dia (Oudin) selepas perlawanan yang dia adalah inspirasi saya. Saya ada melihat permainan kamu sebelum turun ke gelanggang,” jelas Shvedova.

Sementara itu, Oudin, pemain ranking ke-70 dunia mengakui, dia tidak pernah takut untuk berdepan dengan pemain berstatus bintang.

Namun, dengan reputasinya sebagai pemain No. 3 Amerika Syarikat selepas Serena dan Venus Williams, Oudin dilihat memiliki potensi untuk menyerlah.

“Ia memang hebat apabila menjadi pemain ketiga terbaik Amerika di belakang adik-beradik Williams,” jelas Oudin.

shvedova, shvedova kini, shvedova terkini, shvedova terbaru, shvedova baru, shvedova skandal, gambar shvedova, foto shvedova, video shvedova, biodata shvedova, biografi shvedova, sejarah shvedova, web shvedova, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Shvedova, tenis