Sharapova raih kejuaraan kedua

Sharapova raih kejuaraan kedua

CINCINNATI – Pemain Rusia, Maria Sharapova (gambar) tampil bergaya apabila muncul juara pada Kejohanan Tenis Terbuka Cincinnati 2011.

Bagaimanapun, Sharapova tidak diberikan laluan mudah bagi menggengam kejuaraan keduanya tahun ini itu.

Ini kerana, dia dipaksa bekerja keras sebelum ber- jaya mengetepikan cabaran pemain Serbia, Jelena Jankovic 4-6, 7-6 (3), 6-3 pada aksi final semalam.

Tampil selaku pemain pilihan keempat kejohanan, Sharapova membuktikan dirinya masih merupakan jaguh tenis dunia apabila berjaya kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan pada set penentuan dan sekali gus mencatatkan kemenangan ke atas Jankovic.

“Berjaya mengutip sehingga lima mata bagi menyamakan kedudukan, ia adalah suatu yang menakjubkan daripada saya,” kata Sharapova.

Sementara itu, kemarau kejuaraan Jankovic berterusan ekoran kekalahan tersebut.

Sebagai rekod, kali terakhir Jankovic merekod- kan kejuaraan adalah pada Terbuka Indian Wells 2010.

“Saya sebenarnya boleh memenangi perlawanan hari ini (semalam). Saya ada peluang untuk melaku- kannya.

“Perlawanan tidak akan tamat selagi kamu tidak bersalaman antara satu sama lain,” jelas Jankovic.

Sharapova, raih, kejuaraan, kedua, Pemain, Rusia, Maria Sharapova, tampil, bergaya, muncul, juara, Kejohanan, Tenis, Terbuka, Cincinnati, Serbia, Jelena Jankovic, sukan, tenis, berita dunia, berita sukan, berita terkini, berita asia, berita tv, berita baru, berita foto, berita gambar, berita malaysia, Terbuka, Indian, Wells, Jankovic, kemenangan, Serbia, Perlawanan, mengutip