Serena lenyapkan ego Wozniacki

Serena lenyapkan ego Wozniacki

NEW YORK: Juara tiga kali, Serena Williams mengetepikan cabaran pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki, kelmarin untuk membuat perhitungan menentang Samantha Stosur dalam final wanita Terbuka AS yang menjanjikan saat emosi.

Serena – juara 13 kali Grand Slam- berkata dia teruja mewakili Amerika Syarikat ketika sambutan ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001 yang menimbulkan kemarahan di New York apabila Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia musnah.

Tarikh 9-11 terutamanya, sungguh bermakna kepada saya kerana saya masih berada di sini sebagai warga Amerika dan masih kekal beraksi dalam kejohanan, katanya selepas menundukkan pilihan pertama Wozniacki 6-2, 6-4.

Stosur – naib juara Terbuka Perancis 2010 – mara ke final Grand Slam kedua dalam kariernya selepas menewaskan pemain bukan pilihan dari Jerman, Angelique Kerber 6-3, 2-6, 6-2.

Serena memburu kejuaraan Grand Slam ke-14 dan pertama sejak Wimbledon 2010.

Serena, lenyapkan, ego, Wozniacki, NEW YORK,Juara, tiga, kali, Serena Williams, cabaran, pemain, nombor, satu, dunia, Caroline Wozniacki, menentang, Samantha Stosur, final, wanita, Terbuka, AS,  saat, emosi, Serena, juara, Grand, Slam, teruja, mewakili, Amerika Syarikat, sambutan, ulang, tahun, serangan, kemarahan, New, York, berita sukan, berita dunia, berita tv, berita antarabangsa