Serena ikut jejak langkah Venus

Serena ikut jejak langkah Venus

su_09.1

Serena ikut jejak langkah Venus

NEW YORK – Juara bertahan, Serena Williams mengikut jejak langkah kakaknya, Venus apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat kelmarin.

Bekas pemain No. 1 dunia itu mudah menewaskan pemain Hungary, Melinda Czink 6-1, 6-1 dalam permainan yang hanya mengambil masa 53 minit.

Serena kini semakin hampir dalam misinya memburu rekod selaku pemain wanita pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan pada Terbuka Amerika Syarikat, sejak kali terakhir Venus melakukannya pada 2001.

“Saya suka bermain pada kejohanan Grand Slam dan saya percaya, saya sering bermain dengan baik pada kejohanan utama.

“Saya akan pastikan saya kurang melakukan kesilapan dan saya yakin, saya mampu untuk meraih kejayaan sekali lagi di sini,” kata Serena.

Pada pusingan ketiga, Serena akan menentang pemain Sepanyol, Jose Maria Martinez Sanchez yang terlebih dahulu menewaskan pemain Jerman, Angelique Kerber 7-5, 6-3.

Sementara itu, Venus yang diletakkan sebagai pilihan ketiga, mara selepas menewaskan rakan senegara, Bethanie Mattek-Sands 6-4, 6-2.

Turut mara ke pusingan ketiga kejohanan Grand Slam terakhir 2009 itu ialah pemain pilihan ketujuh, Vera Zvonareva dari Rusia dan pilihan kelapan, Victoria Azarenka dari Belarus.

Zvonareva menewaskan rakan senegara, Anna Chak- vetadze 3-6, 6-1, 6-1 manakala Azarenka menundukkan pemain Republik Czech, Barbora Zahlavova Strycova 6-2, 6-1.

serena, serena kini, serena terkini, serena terbaru, serena baru, serena skandal, gambar serena, foto serena, video serena, biodata serena, biografi serena, sejarah serena, web serena, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, Serena, Venus, serena williams