Seorang maut disondol lembu

Seorang maut disondol lembu

mainpix1

Seorang maut disondol lembu

Seorang lelaki maut ditanduk lembu ketika festival larian bersama lembu jantan, semalam, satu acara yang paling popular di Sepanyol. Mangsa adalah warga tempatan luka parah ditanduk pada leher dan paru-paru akibat dipijak lembu jantan digelar Capuchino.

Mangsa adalah orang pertama yang maut di sini dalam tempoh hampir 15 tahun lalu. Anggota perubatan cuma menyelamatkannya di tepi jalan sebelum membawanya dengan ambulans ke hospital dalam keadaan kritikal untuk menjalani pembedahan kecemasan.

Sejam kemudian, lelaki itu yang tidak membawa sebarang tanda pengenalan namun dikatakan berusia pertengahan 20-an, disahkan meninggal dunia. Fernando Boneta, ketua bahagian kecemasan di Hospital de Navarra berkata, lelaki muda itu tidak sedarkan diri ketika tiba.

Beliau berkata: “Pakar bedah melakukan pembedahan dan lelaki itu tidak dapat diselamatkan kerana kecederaannya terlalu serius.”  Tiga lagi orang ditanduk pada hari paling berdarah festival itu pada tahun ini selepas lembu jantan ganas Capuchino, terpisah daripada kumpulannya.

Televisyen menyiarkan rakaman seekor lembu menanduk seorang lelaki seperti anak patung kemudian menanduknya sekali lagi ketika mangsa terbaring seperti bola di atas tanah. Peserta lebih berpengalaman cuba mengambil perhatian haiwan itu dengan menarik ekornya dan memukulnya dengan kayu kecil, tetapi gagal menghalang tragedi itu.

Festival lapan hari itu menjadi terkenal dalam novel Ernest Hemingway 1929 iaitu Fiesta: The Sun Also Rises. Mangsa yang maut adalah orang ke-15 terbunuh dalam festival di utara Sepanyol sejak 1911.

Kematian pertama berlaku pada 1924. Kematian sebelum ini akibat ditanduk berlaku ke atas warga Amerika, Matthew Tassion, 22, pada 1995. Kematian terakhir berlaku pada 2003 apabila rakyat tempatan, Fermin Etxberri, 63, dipijak menyebabkannya koma.

disondol lembu, disondol lembu musik, disondol lembu video, disondol lembu foto, disondol lembu cinta, disondol lembu berita, disondol lembu awek, disondol lembu kontraksi, disondol lembu Hiburan, disondol lembu malaysia, disondol lembu Melayu, disondol lembu Indon, disondol lembu Indonesia, disondol lembu gambar, disondol lembu cerita, disondol lembu pilihan, disondol lembu kl, disondol lembu bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan