Schumi yakin gelaran ke-8

Schumi yakin gelaran ke-8

Schumi yakin gelaran ke-8

STUTTGART, Jerman – Motivasi dan tumpuan terhadap perlumbaan akan membolehkan Michael Schumacher meraih kejuaraan kali kelapan pada musim ini.

‘‘Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu,’’ katanya ketika ditanya sama ada reka bentuk Mercedes adalah lebih hebat daripada Ferrari bagi membolehkannya muncul juara sekali lagi sambil menambah ia bukan mengenai jentera semata-mata walaupun ciri tersebut merupakan salah satu faktor yang penting.

Schumacher yang mengakui bakal menghadapi persaingan sengit pada musim ini berkata, beliau masih mampu melakukannya dan merasa teruja untuk memandu semula pada peringkat tertinggi sukan bermotor setelah mencuba jentera GP2 sebelum ini.

Menurutnya, pasukan Mercedes GP Petronas memiliki segalanya untuk bergelar juara, lebih-lebih lagi dengan pengalaman dan pengetahuan ketua pasukannya, Ross Brawn yang telah memimpin pasukan Brawn Racing bagi mengungguli saingan Formula Satu musim lalu.

Ditanya sama ada beliau selesa dengan ujian pertama di Valencia, Sepanyol yang mana bekas juara dunia itu hanya akan memandu jentera MGP W01 pada hari ketiga setelah rakan sepasukannya, Nico Rosberg mencuba terlebih dahulu, Schumacher berkata, beliau tidak mempunyai masalah mengenainya.

‘‘Ya, saya okey. Saya hebat,’’ katanya di samping Rosberg pada sidang media selepas pelancaran jentera baru pasukan Mercedes GP Petronas, semalam.

Sementara itu, Rosberg berkata, beliau akan menghadapi cabaran yang hebat daripada rakan sepasukannya, Schumacher pada musim ini dengan Mercedes tidak mengamalkan pemandu pilihan.

Malah, katanya, kehadiran juara dunia tujuh kali itu juga akan membuatkannya lebih kuat dalam mengharungi perlumbaan.

Terdahulu, Brawn memberitahu, faktor menentukan pelumba nombor satu pasukannya ialah pelumba yang terpantas di atas litar dan pihaknya akan memberi sokongan padu kepada kedua-dua pemandunya.

‘‘Kami telah membuktikannya pada musim lalu yang mana kami memberi sokongan sama rata kepada kedua-dua pemandu (Brawn Racing). Dua pemandu (Ruben Barrachello dan Jenson Button) telah mengalahkan satu sama lain.

‘‘Oleh kami tidak berhasrat untuk mewujudkan pemandu nombor satu,’’ jelasnya

Schumi yakin, Schumi yakin kini, Schumi yakin terkini, Schumi yakin terbaru, Schumi yakin baru, Schumi yakin Schumi yakin, gambar Schumi yakin, foto Schumi yakin, video Schumi yakin, biodata Schumi yakin, biografi Schumi yakin, sejarah Schumi yakin, web Schumi yakin, Schumi yakin terkini, Schumi yakin terbaru, Schumi yakin penting, Schumi yakin dunia, Schumi yakin Schumi yakin, Schumi yakin malaysia, Schumi yakin melayu, Schumi yakin indon, Schumi yakin indonesia, Schumi yakin kl, Schumi yakin tv, Schumi yakin Schumi yakin, Schumi yakin gay, Schumi yakin artis, Schumi yakin hiburan, Schumi yakin sukan, Schumi yakin ekonomi, Schumi yakin sains, Schumi yakin teknologi, Schumi yakin kesihatan, Schumi yakin sejarah, Schumi yakin politik, Schumi yakin bf1, dunia, Schumi yakin, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi