Schumacher nafi bersara

Schumacher nafi bersara

BERLIN – Bekas juara dunia tujuh kali Formula Satu, Michael Schumacher menolak dakwaan bersara di penghujung musim ini sedangkan dia mengakui tetap berlumba untuk Mercedes pada 2012.

“Saya akan berlumba tahun depan, ia sudah pasti,” kata Schumacher dalam salah sebuah majlis Mercedes.

Khabar angin tentang Schumacher akan bersara buat kali kedua dihujani pelbagai komen oleh akhbar Itali tetapi kelmarin pengumuman yang dibuat pelumba berumur 42 tahun itu memadamkan segala spekulasi.

Selepas memenangi kejuaraan dunia terakhir pada 2004, Schumacher bersara pada 2006 dan kembali semula dengan pasukan Jerman, Mercedes pada 2001.

Bagaimanapun, sama ada dia akan berlumba selepas 2012, apabila kontrak tiga tahunnya tamat, ia masih belum diputuskan.

“Kita harus lihat bagaimana perkara ini berkembang dan banyak mana tenaga serta keseronokannya,” katanya.

Sekarang ini Schumacher berada di tangga ke-10 dengan kurang 202 mata di belakang pendahulu, yang juga rakan senegara, Sebastian Vettel, Schumacher tetap realistik tentang peluangnya meraih kejuaraan kelapan musim depan.

“Ia satu andaian yang terburu-buru jika ada yang menjangkakan kami akan bersaing merebut kejuaraan musim depan, setakat ini kami masih jauh di belakang,” katanya

Schumacher, Schumacher asia, Schumacher baru, berita artis, Berita Asia, berita bf1, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, Bekas, juara, dunia, tujuh, kali, Formula, Satu, Michael Schumacher, bersara, penghujung, musim,  berlumba, Mercedes, berlumba, tahun, depan, Schumacher, majlis, Mercedes