Schumacher belum putus asa

Schumacher belum putus asa

Schumacher belum putus asa

SINGAPURA – Michael Schumacher menafikan dia akan bersara daripada kejuaraan Formula Satu hujung musim ini, sebaliknya berkata, tetap bersemangat untuk memenangi kejuaraan dunia kelapan.

Juara dunia berusia 41 tahun itu, yang kini memandu Mercedes, tertekan sejak kembali berlumba, setelah gagal menyaingi pelumba baru, seperti rakan sepasukan Nico Rosberg, yang secara konsisten lebih pantas.

Persoalan mengenai masa depannya menjadi bualan utama minggu ini, selepas Flavio Briatore, bekas pengarah Benetton dan Renault, memberitahu media Jerman, dia merasakan keputusan Schumacher kembali ke litar, merupakan kesilapan besar.

Namun, Schumacher tetap bersemangat untuk membuktikan mereka yang sangsi mengenainya, tersilap.

“Anda sama sekali tidak boleh mengetepikan saya ’’ katanya menjelang GP Singapura, semalam.

Pelumba yang memenangi 91 perlumbaan itu berkata, dia dan pasukannya memerlukan masa.

“Matlamat asal kami ialah memenangi kejuaraan, lebih cepat lebih baik.

“Namun, kami dalam proses tersebut, kami tiada magis, jadi kami cuba semaksimum semua peluang dan memutuskan segala persediaan untuk musim 2011,’’ katanya.

Sejak kembali beraksi musim ini, Schumacher menamatkan perlumbaan tidak lebih dari tempat keempat. Ketika ini dia di tangga kesembilan dalam senarai pelumba, selepas 14 perlumbaan.

Dia menjangkakan penamat yang baik pada pelrumbaan di Singapura, apabila beraksi pada waktu malam, buat pertama kali dalam 19 tahun kariernya.

“Berlumba di litar baru tidaklah terlalu sukar bagi saya dan saya cepat belajar, pantas menemui rentak,’’ katanya.

Schumacher, Schumacher kini, Schumacher terkini, Schumacher terbaru, Schumacher baru, Schumacher skandal, gambar Schumacher, foto Schumacher, video Schumacher, biografi Schumacher, sejarah Schumacher, web Schumacher, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia