Satu perempat Thailand ditenggelami air banjir

Satu perempat Thailand ditenggelami air banjir

Satu perempat Thailand ditenggelami air banjir

BANGKOK 20 Okt. – Banjir terburuk yang melanda Thailand dalam tempoh berpuluh-puluh tahun menyebabkan satu perempat daripada kawasan di negara ini ditenggelami air dan angka kematian meningkat kepada 12 orang.

Pasukan penyelamat menggunakan bot untuk memindahkan mangsa yang terperangkap setelah banyak kawasan kediaman dan tanah pertanian ditenggelami air, sementara di Bangkok penduduk yang tinggal di tepi Sungai Chao Phraya bersiap sedia untuk berpindah jika air melimpahi tebing.

“Banjir di banyak wilayah masih kritikal dan telah merebak sehingga menyebabkan kira-kira satu perempat daripada Thailand ditenggelami air,” kata Menteri Dalam Negeri, Chavarat Charnvirakul.

Empat mangsa terkorban di Buriram, timur Thailand apabila air deras membanjiri jalan, sementara angka kematian di wilayah Nakhon Ratchasima yang teruk dilanda bencana itu meningkat kepada empat orang, kata pegawai di Kementerian Dalam Negeri.

Wilayah-wilayah Rayong dan Trat masing-masing melaporkan satu kematian sementara dua lagi maut di Lopburi.

Lebih ramai penduduk di Nakhon Ratchasima, di mana 30 daripada 32 daerah sudah pun ditenggelami air, diarah berpindah selepas tebing sebuah takungan air pecah, kata seorang pegawai.

“Kami mengarahkan penduduk berpindah jika rumah mereka hanya setingkat tetapi di rumah dua tingkat, mereka boleh lari ke tingkat atas,” katanya.

Chavarat berkata, kerajaan akan meningkatkan dana kecemasan yang disalurkan kepada wilayah yang dilanda banjir.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva berkata, Nakhon Ratchasima mengalami banjir terburuk dalam tempoh antara 40 hingga 50 tahun.

Beliau menganggarkan wilayah di kawasan pergunungan itu, kira-kira 250 kilometer ke timur laut Bangkok, mengalami hujan dua kali lebih lebat berbanding tahun lepas.

Thailand, Thailand kini, Thailand terkini, Thailand terbaru, Thailand baru, Thailand skandal, gambar Thailand, foto Thailand, video Thailand, biografi Thailand, sejarah Thailand, web Thailand, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia