Samsung mahu halang iPhone 5

Samsung mahu halang iPhone 5

SEOUL 20 Sept. – Syarikat elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics akan memfailkan saman bagi menghalang penjualan produk terbaru syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple, iPhone 5, kata satu laporan hari ini.

Akhbar Korea Selatan, Maeil Business Newspaper yang memetik pegawai Samsung sebagai berkata, syarikat itu akan melancarkan satu tindakan perundangan strategik ketika Apple dijangka memulakan penjualan telefon pintar itu bulan depan.

‘‘Kami masih belum membuat keputusan untuk memfailkan saman di Korea Selatan atau di negara ketiga,’’ kata pegawai yang enggan identitinya didedahkan.

Jurucakap syarikat Korea Selatan enggan mengulas ketika dihubungi.

Apple sebelum ini menuduh Samsung meniru teknologi dan reka bentuk iPhone dan iPad.

Apple memfailkan saman di beberapa negara termasuk Jerman dan Australia bagi menghalang penjualan Galaxy S dan Galaxy Tab.

Samsung turut melancarkan saman balas mendakwa pesaingnya dari AS itu meniru paten teknologi tanpa wayarnya.

Samsung, mahu, halang, iPhone, SEOUL, Syarikat, elektronik, Korea, Selatan, Samsung, Electronics, memfailkan, saman, menghalang, penjualan, produk, terbaru, syarikat, teknologi, Amerika Syarikat, Apple, iPhone, satu, laporan, hari, berita melayu, berita penting, berita politik, berita scander, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, beritaasia, beritaawas, beritabaru, beritabulan, beritadunia, beritafoto, beritagambar, beritagay, beritaharian, beritaindon, beritaindonesia, beritakini, beritakl, beritamalaysia, beritamelayu, beritapenting, beritascander, beritasukan, beritaterkini, Akhbar, Korea, Selatan, Maeil, Business, Newspaper, memetik, pegawai, Samsung, melancarkan, satu, tindakan, perundangan, strategik, Apple, memulakan, penjualan, telefon, pintar, bulan, depan