Saintis temui planet paling kecil

Saintis temui planet paling kecil

Saintis temui planet paling kecil

GENEVA 25 Ogos – Saintis mengenal pasti sebuah bintang mirip matahari yang mempunyai sebanyak tujuh planet termasuk satu yang dipercayai planet paling kecil pernah ditemui di luar sistem solar.

Jika disahkan, sistem planet di sekeliling bintang HD 10180 yang terletak lebih 100 tahun cahaya dari Bumi, adalah yang paling kaya pernah ditemui.

Seorang ahli astronomi berkata, penemuan itu menguatkan lagi bukti yang semakin banyak bahawa alam semesta dipenuhi planet dan sebilangannya mungkin seperti planet Bumi.

“Penemuan sistem planet seperti itu menunjukkan terdapat banyak lagi sistem seumpamanya di luar sana,” kata Alan Boss daripada Carnegie Institution for Science di Washington, yang tidak terlibat dengan penemuan tersebut.

Kebanyakan planet yang dikenal pasti adalah besar iaitu kira-kira 13 hingga 25 kali lebih besar daripada planet kita.

Namun kumpulan saintis yang terlibat dengan penemuan yang diumumkan pada satu persidangan antarabangsa di Perancis semalam berkata, mereka hampir pasti telah mengenal pasti sebuah planet yang hanya 1.4 kali saiz Bumi.

Planet yang ditemui di luar sistem solar dikenali sebagai ‘eksoplanet’ dan planet yang hanya 1.4 kali saiz Bumi itu adalah eksoplanet paling kecil yang pernah dikesan.

Saintis berjaya menjejaki eksoplanet sejak 15 tahun lalu dan kini sudah merekodkan kira-kira 450 buah.

Bagaimanapun kebanyakan eksoplanet yang ditemui hanya terbatas kepada satu hingga tiga planet bagi setiap bintang, selalunya berupa bola gas raksasa seperti Musytari atau Zuhal.

Dengan sejumlah tujuh planet, penemuan terbaru itu hampir menyamai sistem solar kita sendiri yang mempunyai lapan planet.

Saintis, Saintis kini, Saintis terkini, Saintis terbaru, Saintis baru, Saintis skandal, gambar Saintis, foto Saintis, video Saintis, biodata Saintis, biografi Saintis, sejarah Saintis, web Saintis, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia