Saingan musim ini sengit – Terry

Saingan musim ini sengit – Terry

LONDON – Ketua pasukan Chelsea, John Terry menjangkakan persaingan sengit untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2010/11 yang bermula hari ini berlandaskan perbelanjaan besar kelab-kelab elit England.

Terry percaya penyandang juara, Manchester United kekal sebagai pasukan untuk dicemburui selepas kelab tersebut mendapatkan beberapa pemain baru termasuk, Ashley Young, penjaga gol Sepanyol, David De Gea dan pertahanan Blackburn, Phil Jones.

Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun yang berpangkalan di Stamford Bridge itu percaya, separuh daripada satu dozen pasukan mampu untuk bersaing merebut gelaran juara, termasuk Manchester City dan Liverpool yang begitu aktif dalam pembelian pemain.

“Saya bimbang dengan kebanyakan pasukan musim ini, semua orang telah memperkukuhkan pasukan masing-masing.

“Manchester City dan Manchester United telah membawa masuk beberapa pemain yang bagus, Liverpool telah banyak melakukan perubahan.

“Terdapat enam atau tujuh pasukan yang mampu melonjak dan mempunyai peluang untuk memenangi trofi,” kata Terry pada pelancaran rasmi EPL minggu ini.

Terry bagaimanapun mengakui United akan tetap menjadi halangan besar buat Chelsea untuk kembali meraih kejuaraan selepas kali terakhir mereka lakukan pada 2010.

“Kami masih boleh mengejar Manchester United, mereka telah menjadi penanda aras sejak 20 tahun. Kami berjaya bersaing dengan mereka musim lepas tetapi gagal di saat akhir.

“Kita semua dapat melihat kualiti mereka dan keghairahan yang mereka ada, begitu juga dengan pengurus. Ia sangat mengujakan saya dan melihat mereka menjulang trofi musim lepas amat dirasai sehingga sekarang. Saya mahu tangan saya kembali memegang dan menjulang trofi itu.

“Kejohanan ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pemain menjadi semakin kuat dan pengurus mahukannya lebih,” katanya.

Chelsea akan memulakan kempen mereka menentang Stoke di tempat lawan esok, sementara Manchester United akan memburu kejuaraan liga ke-20 dengan bertemu West Bromwich Albion di Hawthorns.

Selepas dikecewakan musim lepas, apabila United dimalukan Barcelona dalam saingan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Wembley, Alex Ferguson tidak membuang masa untuk menyusun semula pasukannya selepas 25 tahun berada di Old Trafford.

Kedatangan Young, De Gea dan Jones, termasuk kedatangan semula pemain yang dipinjamkan kepada kelab lain, Tom Cleverly dan Danny Welbeck, menyaksikan pasukan United seperti sebuah pasukan yang muda dan segar.

Pemain pertahanan Perancis, Patrice Evra yakin terhadap kemampuan pasukannya musim ini.

“Saya tahu pasukan lain tidak akan menyerah kalah tetapi jika Manchester United beraksi pada tahap ini ia sangat sukar untuk mereka menewaskan kami.

“Musuh utama United adalah United. Kami bukannya angkuh. Chelsea musuh kedua kami,” kata Evra.

United juga mendapat tentangan sengit pasukan jiran, City selepas mereka mendapatkan pemain baru, Sergio Aguero, Gael Clichy dan Stefan Savic.

Sementara itu, Arsenal pengurus Arsenal, Arsene Wenger bakal berdepan tugas sukar berikutan dua pemainnya ketua pasukan, Cesc Fabregas dan pemain perancang, Samir Nasri dikatakan akan berhijrah.

Kedua-dua pemain tersebut dijangka melengkapkan perpindahan ke Barcelona dan City sebelum musim baru bermula dengan Wenger mengakui situasi Fabregas akan selesai secepat mungkin.

Berita Asia, berita dunia, berita penting, berita terbaru, berita terkini, biodata Hamilton, biografi Hamilton, foto Hamilton, gambar Hamilton, Hamilton, Hamilton baru, Hamilton kini, Hamilton skandal, Hamilton terbaru, Hamilton terkini, sejarah Hamilton, video Hamilton, web Hamilton, musim, terry, sengit, saingan, saingan musim, musim sengit, sengit terry, sukan, luar, negara, luar negara, malaysia, sukan luar, Terry, penyandang, juara, Manchester United, pasukan, selepas, kelab, pemain, baru, Ashley Young, gol, Sepanyol, David De Gea, pertahanan, Blackburn, Phil Jones