Rossi sertai Ducati

Rossi sertai Ducati

Rossi sertai Ducati

BRNO, Republik Czech – Juara tujuh kali MotoGP Dunia, Velentino Rossi menandatangani perjanjian dua tahun bersama Ducati, lapor pasukan tersebut kelmarin.

Rossi akan menggantikan pelumba Australia, Casey Stoner, yang menyertai pasukan Honda musim depan, selepas bersama Ducati hampir empat tahun.

Rossi menyasarkan episod baru dalam kariernya, selepas tujuh tahun bersama pengeluar dari Jepun.

‘‘Masanya telah tiba untuk saya mencari cabaran baru dalam karier, tugas saya bersama Yamaha kini berakhir.

‘‘Menang sedih untuk meninggalkan Yamaha, kerana banyak memberikan saya kenangan manis, kini semua itu akan menjadi memori indah buat saya,’’ kata Rossi.

Pelumba berusia 31 tahun itu menamatkan Grand Prix Republik Czech di tempat kelima, kelmarin.

‘‘Dengan ini kami mengumumkan bahawa Velentino Rossi akan bersama Ducati tahun depan.

‘‘Dia adalah pelumba yang unggul dalam dunia permotoran,’’ kata presiden Ducati, Gabriele Del Torchio.

Sementara itu, pengarah urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis berkata, Rossi menyertai pasukan itu ketika mereka berdepan saat genting.

‘‘Valentino menyertai Yamaha pada 2004. Pada waktu itu, Yamaha bekerja keras selepas tujuh musim tidak mendapat sebarang kejuaraan.

‘‘Kemenangan Valentino yang pertama untuk Yamaha ialah di Afrika Selatan pada 2004, hasilnya peminat Yamaha kian bertambah di serata dunia.

‘‘Dia mempunyai kemahiran yang amat mengejutkan sebagai seorang pelumba, kelebihan itu membolehkannya merangkul empat kejuaraan bersama Yamaha.

‘‘Dia membantu Yamaha membangunkan motosikalYZR-M1 untuk perlumbaan kelas MotoGP.

‘‘Saya menghormati keputusan Valentino untuk berpindah kerana mahu mencari cabaran baru, kami doakan yang terbaik untuknya tahun depan,’’ kata Jarvis.

Rossi, Rossi kini, Rossi terkini, Rossi terbaru, Rossi baru, Tiger Rossi skandal, gambar Rossi, foto Rossi, video Rossi, biodata Rossi, biografi Rossi, sejarah Rossi, web Rossi, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia