Rooney kekal di Old Trafford

Rooney kekal di Old Trafford

Rooney kekal di Old Trafford

MANCHESTER – Spekulasi mengenai masa depan Wayne Rooney di Old Trafford akhir- nya terjawab.

Semalam, penyerang sensasi Manchester United itu membuat kejutan apabila menandatangani kontrak baru selama lima tahun.

Sebelum ini, penyerang England itu mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka memberitahu dia tidak akan menyambung kontrak asal yang akan tamat pada akhir musim depan.

Rooney membuat keputusan itu selepas tidak yakin dengan kemampuan United merangkul gelaran utama pada masa akan datang.

Keputusan Rooney itu ternyata mengejutkan semua pihak terutama pengurus United, Alex Ferguson.

Begitupun, Rooney telah mengubah fikiran dan menandatangani kontrak baru yang akan menyaksikan dia terus kekal di Old Trafford sehingga musim panas 2015.

“Saya berasa bangga untuk menandatangani perjanjian baru di United,” kata Rooney dalam laman web rasmi kelab itu.

“Beberapa hari lalu, saya telah berjumpa dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka menasihati saya supaya membuat keputusan sebaik mungkin.

“Kini saya telah menandatangani perjanjian baru dan yakin sepenuhnya pihak pengurusan, barisan kejurulatihan, lembaga pengarah dan pemilik kelab.

“Saya akan memberi komitmen penuh untuk memastikan United terus mencipta sejarah. Itu adalah alasan utama kekal bersama kelab ini.”

Rooney menambah: “Sepanjang minggu lalu, peminat United berasa kecewa dengan apa yang mereka baca dalam akhbar.

“Saya tahu peminat telah menunjukkan sokongan padu kepada saya sejak hari pertama saya menyertai kelab ini dan kini terpulang kepada saya untuk membalasnya.”

Sementara itu, Ferguson ternyata menjadi individu paling gembira dengan keputusan Rooney untuk terus kekal di Old Trafford.

Sebelum ini, Rooney menuntut bayaran gaji sebanyak £200,000 (RM985,772) seminggu daripada United.

City pula yang berhasrat melamar Rooney sanggup menawarkan gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu kepada pemain itu.

Rooney, Rooney kini, Rooney terkini, Rooney terbaru, Rooney baru, Rooney skandal, gambar Rooney, foto Rooney, video Rooney, biografi Rooney, sejarah Rooney, web Rooney, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia