Rooney buat rayuan bertulis kepada UEFA

Rooney buat rayuan bertulis kepada UEFA

LONDON – Wayne Rooney secara peribadi menulis kepada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk cuba merayu kepada badan induk itu supaya mengurangkan tempoh penggantungan kerana kad merah yang diterimanya di Montenegro minggu lalu kepada hanya satu perlawanan.

Surat penyerang England itu menjadi sebahagian daripada dokumen yang dikirim ke ibu pejabat UEFA di Switzerland menjelang kes tatatertib melibatkan pemain itu didengar esok.

Antara dokumen yang juga bakal diterima UEFA termasuk sepucuk surat daripada pengurus England, Fabio Capello dan cakera padat digital (DVD) rakaman insiden tempoh hari.

Menurut undang-undang UEFA, tiada sesiapa dibenarkan tampil untuk mempertahankan Rooney, termasuk pemain itu sendiri.

Pengadil perlawanan tempoh hari, Wolfgang Stark yang melayangkan kad merah kepada Rooney kerana menyepak kaki pemain lawan Miodrag Dzudovic, sebelum ini menyatakan dia sudah ‘membantu’ Rooney, dengan menyatakan dalam laporannya bahawa penyerang Manchester United itu meninggalkan padang tanpa sebarang bantahan.

Persatuan Bola Sepak (FA) England akan membuat rayuan jika Rooney dikenakan hukuman melebihi penggantungan satu perlawanan.

Rooney, buat, rayuan, bertulis, UEFA, LONDON, Wayne Rooney, peribadi, menulis, Kesatuan, Bola, Sepak, Eropah, cuba, merayu, badan, induk, mengurangkan, tempoh, penggantungan, kad, merah,  Montenegro, minggu, satu, perlawanan, Wolfgang, Stark, melayangkan, kad, merah, Rooney, menyepak, kaki, pemain, lawan, Miodrag, Dzudovic, Persatuan, Bola Sepak, England, hukuman, melebihi, berita sukan, berita terkini, berita tv, berita web, berita-berita, beritaawas, beritabaru, beritabf1, beritabulan, beritadunia, beritafoto, beritagambar, beritagay, beritaharian, beritaindon, beritaindonesia, beritakini, beritakl, beritamalaysia, beritamelayu, beritapenting, beritascander, beritasukan, beritaterkini, beritatv