Ronaldo minta maaf, patahkan hidung pemain lawan

Ronaldo minta maaf, patahkan hidung pemain lawan

Ronaldo minta maaf, patahkan hidung pemain lawan

MADRID – Cristiano Ronaldo meminta maaf kerana tindakannya sehingga mematahkan hidung pemain pertahanan Malaga, Patrick Mtiliga pada perlawanan La Liga, kelmarin, tetapi menegaskan dia tidak sepatutnya dibuang padang atas kesalahan tersebut.

Pemain termahal dunia itu menjaringkan kedua-dua gol untuk Real Madrid 2-0, sekali gus hanya lima mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Namun, Ronaldo dilayangkan kad merah pada minit ke-70, selepas dia menghayunkan lengannya tepat mengenai muka Mtiliga, ketika dia cuba memusingkan badan setelah ditarik oleh pemain pertahanan dari Denmark itu.

“Orang yang faham tentang bola sepak, pasti tahu niat saya hanya untuk sentiasa mencuba dan bermain. Kad merah itu memalukan, dan saya tidak memahaminya.

“Saya ke bilik rehat Malaga untuk meminta maaf dan Mtiliga faham situasi pada masa itu.

”Saya tahu, anda melihat darah pada hidungnya di televisyen, tetapi saya hanya mahu melepaskan diri daripada kawalannya. Saya tidak pernah cuba untuk menyakiti sesiapa,” kata Ronaldo.

Sementara itu, jurulatih Malaga, Juan Ramon Lopez Muniz berkata, hidung Mtiliga patah dan terpaksa berehat tiga minggu.

President kelab tersebut, Fernando Sanz pula mengkritik sikap Ronaldo.

“Saya tak fikir Ronaldo berniat melakukannya, tetapi dia menghayunkan lengannya sekali, dan kali kedua ia menyebabkan hidung pemain patah.

“Ia merupakan kesan teruk dan jelas ia adalah kesalahan yang memang patut dilayangkan kad merah.

“Apa yang dia patut lakukan adalah keluar padang dan memohon maaf, bukannya mengangkat tangan, tanda membantah,” kata Sanz.

Sementara itu, pengurus Real Madrid, Manuel Pellegrini berkata, dia tidak melihat insiden tersebut dengan jelas, namun pengarah besar kelab tersebut, Jorge Valdano bergegas ke bahagian pemain pertahanannya.

“Pengadil perlu tahu pemain mana yang sekadar mahu memberikan hiburan.

“Christiano mahu bermain bola sepak. Apabila ada pemain yang menariknya dari belakang, dia akan cuba untuk melepaskan diri.

”Sesetengah pemain sengaja jatuh untuk menimbulkan kesalahan pemain lawan.

“Ketika Ronaldo perlu menyesuaikan diri dalam liga Sepanyol, pengadil juga perlu menyesuaikan diri untuk melindungi pemain.

“Saya tidak mahu mengadili keputusan pengadil, cukuplah sekadar mengetahui niat Ronaldo yang selalunya jujur,” katanya.

Ia merupakan kad merah kedua Ronaldo bersama Real Madrid, selepas dia di buang padang ketika menentang Almeria, bulan lalu.

Cristiano Ronaldo, Cristiano Ronaldo kini, Cristiano Ronaldo terkini, Cristiano Ronaldo terbaru, Cristiano Ronaldo baru, Cristiano Ronaldo Cristiano Ronaldo, gambar Cristiano Ronaldo, foto Cristiano Ronaldo, video Cristiano Ronaldo, biodata Cristiano Ronaldo, biografi Cristiano Ronaldo, sejarah Cristiano Ronaldo, web Cristiano Ronaldo, Cristiano Ronaldo terkini, Cristiano Ronaldo terbaru, Cristiano Ronaldo penting, Cristiano Ronaldo dunia, Cristiano Ronaldo Cristiano Ronaldo, Cristiano Ronaldo malaysia, Cristiano Ronaldo melayu, Cristiano Ronaldo indon, Cristiano Ronaldo indonesia, Cristiano Ronaldo kl, Cristiano Ronaldo tv, Cristiano Ronaldo Cristiano Ronaldo, Cristiano Ronaldo gay, Cristiano Ronaldo artis, Cristiano Ronaldo hiburan, Cristiano Ronaldo sukan, Cristiano Ronaldo ekonomi, Cristiano Ronaldo sains, Cristiano Ronaldo teknologi, Cristiano Ronaldo kesihatan, Cristiano Ronaldo sejarah, Cristiano Ronaldo politik, Cristiano Ronaldo bf1, dunia, Cristiano Ronaldo, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi