Ronaldo angkuh

Ronaldo angkuh

GUANGZHOU – Wartawan dan peminat bola sepak China mengecam keangkuhan Cristiano Ronaldo selepas bintang Real Madrid itu menunjukkan sikap sombong pada sidang akhbar sebelum perlawanan.

Kelab Sepanyol itu di China bagi mempromosi jenama Real di negara ekonomi kedua terbesar di dunia yang mempunyai 1.3 bilion penduduk.

Bola sepak amat diminati di China, yang mana kelab Eropah cukup popular di kalangan peminat negara itu.

Pada sidang akhbar kelmarin, Ronaldo bersikap dingin setiap kali ditanya pemberita.

“Dia seperti seorang yang mementingkan diri sendiri dan angkuh. Tingkah lakunya itu tidak membantu dirinya di China,” kata Yan Qiang, Naib Presiden Titan Media, yang merupakan salah sebuah akhbar sukan utama di China.

Katanya, pemain sayap itu merupakan pemain yang cukup popular di China, selain Kaka dan Lionel Messi.

Yan memberitahu, reaksi negatif yang ditunjukkan Ronaldo menjelang perlawanan persahabatan dengan Guangzhou Evergrande mungkin boleh menjejaskan prospek Nike di China.

Ketika ditanya mengenai keadaan terkini rakan sepasukannya, Kaka yang kerap dibelenggu kecederaan Ronaldo hanya menjawab: “Cukup sempurna.”

Dalam usaha untuk mengubah suasana dingin itu, seorang wartawan China bertanya kepada Ronaldo yang telah pun bergelar seorang bapa pada tahun lalu, sama ada dia ada menukar lampin anaknya atau pun tidak.

“Sudah tentu, sebagai bapa ia satu perkara biasa menukar lampin bayi,” Ronaldo membalas dalam nada yang tidak mesra.

Sewaktu ditanya oleh AFP pula, jika dia berhasrat untuk kembali ke United atau ke kancah bola sepak Inggeris, katanya: “Mungkin, mengapa tidak? Tiada siapa yang tahu.”

Pemberita juga meminta pandangan Ronaldo mengenai Guangzhou dan dibalas bahawa ‘Ia amat panas’.

“Soalan yang diajukan kepadanya tidak banyak bersangkut paut dengan bola sepak. Penyokong di China amat berbeza berbanding di Eropah. Penyokong di sini lebih berminat kepada kehidupan peribadi ikon mereka,” kata Yan.

Populasi China yang cukup luas bagi penggunaan internet iaitu terbesar di dunia (485 juta) turut tergendala kerana kehadiran bintang Portugal berusia 26 tahun itu.

“Saya tidak tahu sama ada Ronaldo boleh menjadi pemain terbaik dunia, tetapi saya yakin dia akan dikritik hebat di atas sikap buruknya,” luah seorang pengunjung laman web, ‘wangjihe’ yang menulis kepada portal berita, Netease.

“Ronaldo bagus dalam bola sepak dan juga memiliki rupa paras yang baik, tetapi dia angkuh.

“Dia perlu melantik syarikat perhubungan awam untuk mengajarnya bagaimana berdepan dengan media,” tulis seorang peminat di sebuah laman web.

Ronaldo angkuh, Ronaldo angkuh berita, Ronaldo angkuh kini, Ronaldo angkuh dunia, Ronaldo angkuh foto, Ronaldo angkuh gambar, Ronaldo angkuh bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, berita antarabangsa, Ronaldo angkuh, Wartawan dan peminat bola sepak, China, mengecam, keangkuhan, Cristiano Ronaldo, bintang, Real Madrid, perlawanan, Kelab, Sepanyol, di China, Bola sepak, diminati, di China, kelab, Eropah, popular, kalangan, peminat, negara,