Ringgit ditutup rendah

Ringgit ditutup rendah

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (US) untuk hari ketiga berturut-turut apabila pelabur terus membeli dollar yang merupakan mata wang yang selamat ketika terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi dunia yang perlahan.

Pada 5 petang, unit tempatan rendah pada 3.1830/1860 berbanding 3.1710/1750 pada penutup semalam.

“Terdapat lebih banyak berita mengenai momentum ekonomi dunia yang perlahan,” kata seorang peniaga yang menambah, jika ekonomi US dan China turut perlahan, ia memang membimbangkan.

Dalam negara, beliau berkata peserta pasaran mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menunggu penyiaran angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua, yang akan diumumkan oleh Bank Negara Rabu depan.

Ahli ekonomi AmResearch Manokaran Mottain hari ini berkata KDNK suku kedua Malaysia dijangka terus kukuh pada 8.5 peratus meskipun wujud beberapa kelemahan.

Pada penutup hari ini, ringgit rendah berbanding dolar Singapura pada 2.3334/3366 daripada 2.3325/3375 semalam serta yen pada 3.7276/7333 daripada 3.7210/7274.

Ia bagaimanapun meningkat berbanding pound British kepada 4.9823/9952 berbanding 5.0032/0108 dan berbanding euro kepada 4.0940/0991 daripada 4.1458/1519 pada Rabu

Ringgit, Ringgit kini, Ringgit terkini, Ringgit terbaru, Ringgit baru, Ringgit skandal, gambar Ringgit, foto Ringgit, video Ringgit, biodata Ringgit, biografi Ringgit, sejarah Ringgit, web Ringgit, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia