RIM perkenal Playbook

RIM perkenal Playbook

RIM perkenal Playbook

SAN FRANCISCO 28 Sept. – Pengeluar telefon pintar BlackBerry, Research in Motion (RIM) kini bersaing dengan produk Apple, iPad apabila mendedahkan komputer tablet Playbook yang disasarkan kepada pengguna perniagaan yang mahukan komunikasi selamat.

“Ini adalah komputer tablet profesional yang pertama di dunia,” kata Presiden dan ketua eksekutif bersama RIM, Mike Lazaridis ketika mempamerkan peralatan tersebut di San Francisco.

Playbook adalah satu daripada sejumlah komputer tablet yang akan dikeluarkan dalam usaha mengatasi iPad dan merupakan cubaan pertama di luar bidang telefon bimbit untuk syarikat beribu pejabat di Waterloo, Ontario ini.

Ia mempunyai skrin sesentuh berukuran 17.8 sentimeter, lebih kecil berbanding iPad yang bersaiz 25 sentimeter dan menggunakan perisian video Adobe Flash, yang dilarang daripada peralatan Apple tersebut.

“Anda akan melalui pengalaman penuh ketika melayari laman web,” kata Lazaridis, yang turut menekankan integrasi dengan telefon pintar BlackBerry, kegemaran ramai golongan profesional.

Pengguna BlackBerry juga boleh menyambung telefon bimbit itu dengan Playbook menggunakan Bluetooth untuk melihat e-mel, kalendar, dokumen atau kandungan lain.

PlayBook juga menonjolkan kamera di bahagian hadapan dan belakang bagi menyokong sidang video dan membolehkan penggunaan beberapa program serentak.

Playbook, Playbook kini, Playbook terkini, Playbook terbaru, Playbook baru, Playbook skandal, gambar Playbook, foto Playbook, video Playbook, biografi Playbook, sejarah Playbook, web Playbook, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia