Ribut salji landa wilayah Xinjiang

Ribut salji landa wilayah Xinjiang

Ribut salji landa wilayah Xinjiang

BEIJING 19 Jan. – Jalan raya yang ditutup dan penerbangan yang tergendala menyebabkan ribuan pengguna terkandas hari ini berikutan ribut salji dan cuaca sejuk melampau yang turut mengakibatkan empat orang terbunuh selain menjejaskan hampir 1.6 juta penduduk yang lain di barat laut China.

Ribut salji telah menyebabkan 122 penerbangan tergendala di Urumqi, ibu negeri wilayah Xinjiang semalam, menyebabkan lebih 4,000 penumpang terkandas. Jalan raya yang tertutup akibat sembilan kejadian tanah runtuh pula telah melibatkan lebih 1,000 pengguna di wilayah itu, menurut jurucakap kerajaan Urumqi yang dikenali sebagai Wang.

Menurut Wang, seramai empat orang maut akibat cuaca buruk namun beliau tidak memberi maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Pasukan penyelamat kini sedang memindahkan penduduk luar bandar ke kawasan yang lebih selamat di altitud yang lebih rendah ekoran ribut baru yang melanda dan dijangka akan berakhir esok selain menyebabkan suhu turun sehingga kurang 43 darjah celsius, menurut Wang.

Di Mongolia, seorang pegawai mengemukakan rayuan bagi memohon bantuan masyarakat antarabangsa ketika negaranya bergelut dengan keadaan cuaca terburuk dalam tempoh tiga dekad.

Ribut di barat Xinjiang di China telah memusnahkan kira-kira 100,000 buah rumah dan lebih 15,000 haiwan ternakan turut terkorban akibat cuaca sejuk yang bermula pada malam Ahad lalu, menurut Stesen Meteorologi Xinjiang, Wei Rongqing.

Salji mula turun di daerah Altay, di mana timbunannya telah pun mencecah sehingga 94 sentimeter, menurut Wei.

Altay terletak di sempadan barat laut China, kira-kira 2,600 kilometer di timur laut ibu negeri iaitu Beijing.

“Jumlah kematian haiwan ternakan semakin meningkat. Kedua-dua haiwan liar dan ternakan sukar untuk mencari makanan, namun kini kebanyakan haiwan telah ditempatkan di satu kawasan untuk mencari makanan yang telah disediakan oleh kerajaan pusat,” katanya.

Segelintir 1.6 juta penduduk secara keseluruhannya terjejas oleh cuaca buruk itu, menurut Wang.

Jumlah itu termasuk mereka yang kehilangan harta benda, terputus bekalan elektrik dan air dan terkandas di jalan raya yang tertutup akibat salji

Ribut merintis berita terkini,Ribut merintis berita,Ribut merintis berita hari ini,Ribut merintis berita minggu,Ribut merintis berita terbaru,Ribut merintis berita ekonomi,Ribut merintis berita dunia,Ribut merintis berita harian,Ribut merintis berita acara,Ribut merintis informasi,Ribut merintis berita online,Ribut merintis indon,Ribut merintis berita berita,Ribut merintis penting,Ribut merintis turnamen ,Ribut merintis berita internasional, Ribut merintis sukan,Ribut merintis kesihatan, Ribut merintis sains,wallpaper, profil, biografi, berita foto,berita bernama,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia, sukan,sains,teknologi