Reina pasti paling kecewa

Reina pasti paling kecewa

Reina pasti paling kecewa

LONDON – Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina pasti tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa selepas melakukan kesilapan pada aksi sulung Liga Perdana England menentang Arsenal kelmarin.

Pada perlawanan yang berkesuda- han seri 1-1 itu, Reina tertolak masuk bola ke gawang sendiri selepas gagal menangkap kemas percubaan penyerang Arsenal, Maroune Chamakh.

Keputusan itu turut menghalang usaha Liverpool untuk merekodkan kemenangan sulung musim ini.

Sebelum itu, skuad The Reds telah menerima tamparan hebat apabila pemain sayap, Joe Cole dilayangkan kad merah selepas melakukan terja- han keras ke atas tonggak pertaha- nan Arsenal, Laurent Koscielny.

“Perkara ini ternyata sukar untuk diterima oleh Reina. Dia (Reina) seorang pemain profesional yang sentiasa yakin terhadap kemampuan dirinya dan juga pasukan.

“Reina sebenarnya telah mengala- mi kecederaan bahu sebelum ini tetapi mampu kembali pulih dengan cepat daripada apa yang kami (Liverpool) jangkakan.

“Begitupun, apa yang kurang baiknya mengenai persembahan Reina hari ini (kelmarin) adalah dia sepa- tutnya menepis bola itu keluar dan bukannya cuba menangkap bola tersebut,” jelas pengurus Liverpool, Roy Hodgson.

Pada aksi yang berlangsung di Anfield itu, Liverpool terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi David Ngog sejurus babak kedua bersambung sebelum Arsenal memperoleh gol penyamaan pada minit ke-90.

Sementara itu, tonggak berpengalaman Liverpool, Jamie Carragher berkata: “Ia tetap akan menjadi sukar buat satu-satu pasukan itu biarpun beraksi dengan 11 pemain.

“Apa-apa pun, Reina masih merupakan salah seorang penjaga gol terbaik dunia dan dia juga telah me- raih anugerah pemain terbaik sepanjang tahun Liverpool musim lalu.

“Ia memang mengecewakan tetapi sekurang-kurangnya kami mampu mengutip satu mata,” katanya.

Reina, Reina kini, Reina terkini, Reina terbaru, Reina baru, Reina skandal, gambar Reina, foto Reina, video Reina, biodata Reina, biografi Reina, sejarah Reina, web Reina, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia