Real pintas Barcelona

Real pintas Barcelona

Real pintas Barcelona

MADRID – Cristiano Ronaldo menjaringkan empat gol bagi membantu Real Madrid memintas Barcelona di tangga teratas La Liga, setelah membelasah Racing Santander 6-1 di padang sendiri, kelmarin.

Bintang Portugal itu telah meledakkan lapan gol dalam tiga perlawanan terakhir liga dan Madrid kini mengumpul 16 jaringan, bagi meletakkan kelab itu di hadapan juara bertahan, Barcelona.

”Saya benar-benar gembira kerana saya tidak pernah menjaringkan empat gol. Namun, perkara yang paling penting ialah pasukan, memang sukar untuk menjaringkan gol tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan.

”Segelintir rakan sepasukan bermain lebih baik berbanding saya, tetapi seperti yang jurulatih katakan, tiada alasan untuk bergembira.

”Perjalanan kami masih jauh dalam saingan liga, begitupun berada di tangga teratas liga adalah penting,” kata Ronaldo.

Barcelona pula mencatat kemenangan 2-0 ke atas Real Zaragoza, yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Barca harus berterima kasih kepada Lionel Messi, yang menjadi penyumbang kepada jaringan tersebut.

Messi turut meledakkan dua gol sewaktu Barcelona menang 2-0 ke atas Copenhagen dalam perlawanan Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lepas.

”Leo merupakan penjaring gol. Walaupun dia tidak beraksi sebagai penyerang tengah, menjaringkan gol tetap dalam pemikirannya dan sebab itu dia mampu melakukan jaringan yang banyak,” kata pengurus Barcelona, Pep Guardiola.

Ronaldo mengatasi Messi sebagai penjaring terbanyak, setelah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama di Santiago Bernabeu, sebelum menambah lagi dua gol pada separuh masa kedua, untuk mengumpul sembilan gol keseluruhan.

Gonzalo Higuain dan Mesut Ozil masing-masing menyumbang satu gol, bagi melengkapkan kemenangan 6-1 Real, yang sebelum ini turut cemerlang menewaskan Deportivo La Coruna 4-1 serta Malaga.

Ini meletakkan pasukan bimbingan Jose Mourinho belum kalah dalam empat perlawanan di Bernabeu.

Racing ketinggalan seawal minit ke-10, menerusi jaringan Higuain yang menjaringkan gol kelima peribadi musim ini.

Pemain Argentina itu turut merancang gol kedua menerusi hantaran rendah yang memudahkan Ronaldo menolak bola menerjah ke gawang lawan pada minit ke-15.

Real pintas, Real pintas kini, Real pintas terkini, Real pintas terbaru, Real pintas baru, Real pintas skandal, gambar Real pintas, foto Real pintas, video  Real pintas, biografi Real pintas, sejarah Real pintas, web Real pintas, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia