Real Madrid tambah bidaan Ozil

Real Madrid tambah bidaan Ozil

Real Madrid tambah bidaan Ozil

MADRID – Real Madrid akan mengemukakan tawaran buat kali kedua dan yang terakhir kepada Werder Bremen, bagi mendapatkan pemain tengah berbakat, Mesut Ozil.

Menurut Marca, hanya perjanjian yang diperlukan dengan Werder dan Los Blancos telah menaikkan bidaannya sebelum ini iaitu daripada 5 juta euro kepada 14 juta euro (RM20.3 juta kepada RM57 juta).

Bagaimanapun, Werder masih menunggu bidaan bernilai hampir 18 juta euro (RM73.2 juta) dan sanggup mengambil risiko pemain tersebut bakal meninggalkan kelab itu tanpa sebarang bayaran tahun depan, apabila kontraknya berakhir, jika mereka masih enggan menerima tawaran tersebut.

Madrid akan membuat pengumuman rasmi, sama ada hari ini atau esok mengenai tawaran tersebut.

Selepas Madrid mengemukakan bidaan, Ozil melahirkan kekecewaannya terhadap Bremen, yang menafikan peluangnya untuk bermain dengan salah sebuah kelab elit Eropah.

Rayuan pemain tengah itu kepada pengarah sukan kelab, Klaus Allofs agar dilepaskan, mendorong Madrid meningkatkan usaha mereka dan Ozil dijangka dapat merealisasikan impiannya secepat mungkin.

Ozil, Ozil kini, Ozil terkini, Ozil terbaru, Ozil baru, Tiger Ozil skandal, gambar Ozil, foto Ozil, video Ozil, biodata Ozil, biografi Ozil, sejarah Ozil, web Ozil, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia