Real cuba pancing Hernandez RM147j

Real cuba pancing Hernandez RM147j

Real cuba pancing Hernandez RM147j

LONDON: Penyerang Manchester United, Javier Hernandez dikejutkan dengan tawaran perpindahan bernilai 30 juta pound (RM147 juta) daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, semalam.

Namun pengurus United, Alex Ferguson bertegas penyerang 23 tahun itu akan kekal di Old Trafford dengan menawarkan kontrak baru lima tahun dan menggandakan gajinya daripada 25,000 pound (RM122,584) kepada 75,000 pound (RM367,753) seminggu.

Real bagaimanapun sedia menggandakan jumlah itu dan membayar yuran perpindahan yang nilainya lima kali ganda berbanding jumlah dibayar United ketika membeli Hernandez, 18 bulan lalu.

Jurulatih Real, Jose Mourinho mahu perpindahan itu dilakukan Januari depan tetapi percaya peluang terbaik mendapatkan Hernandez ialah pada penghujung musim ini.

Lantas Ferguson berharap Hernandez tidak berubah hati untuk berhijrah ke Bernabeu, perkara sama yang pernah dilakukan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Hernandez atau lebih popular dipanggil Chicharito, menjaringkan 20 gol sepanjang musim sulungnya musim lalu bagi membantu United merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris buat kali ke-19.
United kelmarin mengikat pemain tengahnya, Tom Cleverley, 22, untuk lanjutan kontrak empat tahun.

Real, cuba, pancing, Hernandez, LONDON, Penyerang, Manchester, United, Javier Hernandez, tawaran, perpindahan, bernilai, juta, pound, kelab, gergasi, Sepanyol, Real Madrid, Namun pengurus, United, Alex Ferguson, bertegas, penyerang, tahun, kekal, Old Trafford, menawarkan, kontrak, baru, lima, tahun, menggandakan, gajin, pound, seminggu, Tom Cleverley, pemain, tengah