Real belum tentukan skuad musim depan

Real belum tentukan skuad musim depan

baf149959e345536

Real belum tentukan skuad musim depan

MADRID: Real Madrid masih belum menentukan skuad terakhirnya dan kesebelasan utama bagi musim akan datang, kata jurulatih baru, Manuel Pellegrini semalam.

Gergasi Sepanyol itu menghabiskan lebih 200 juta euro (RM1.02 bilion) ke atas pemain baru pada pra-musim, termasuk Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Kaka, dan pada awal bulan ini, Pellegrini berkata dia berharap dapat mengemaskini skuad terakhir pada 27 Julai ketika semua pemain antarabangsa kembali daripada percutian.

“Saya berkata begitu tetapi saya menambah ia adalah penting untuk tidak membuat kesilapan, kami sepatutnya membuat keputusan betul.

“Kami perlu menunggu lebih lama jika diperlukan,” kata warga Chile itu pada sidang akhbar menjelang perlawanan persahabatan Real di tempat sendiri menentang kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

“Saya mengharapkan skuad lebih serasi ketika ini, tetapi ia bukannya masalah besar. Kami berlatih seperti biasa dan terdapat suasana yang baik dalam pasukan,” katanya.

Pembelian besar-besaran Real menyebabkan bilik persalinan penuh sesak dan kelab itu mendapati mereka tidak cekap menjual pemain seperti mendapatkan yang baru.

Pellegrini mengulangi keinginan Real untuk menjual penyerang Belanda, Klaas-Jan Huntelaar, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stuttgart dan baru-baru ini dengan Tottenham.

“Saya bercakap dengan semua pemain dan Huntelaar mengetahui apa yang saya mahukan. Kami mempunyai banyak penyerang dalam pasukan dan semuanya tidak boleh kekal,” katanya.

Real,Real berita, Real kini, Real dunia, Real asia,Real malaysia, Real melayu, Real indon, Real indonesia, Real kl, Real foto, Real gambar, Real bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1