Real, Barcelona sama kuat

Real, Barcelona sama kuat

MADRID – Real Madrid dan Barcelona seri 2-2 dalam perlawanan pertama Piala Super Sepanyol kelmarin di hadapan 80,000 penyokong di Santiago Bernabeu.

Mesut Ozil membuka jaringan Real pada minit ke-13 sebelum David Villa dan Lionel Messi meletakkan Barcelona di depan.

Bagaimanapun, Real berjaya menyamakan kedudukan menerusi Xabi Alonso sembilan minit selepas separuh masa kedua bermula.

Jurulatih Barcelona, Josep Guardiola yang masih menjadi pengurus belum tewas di Santiago Bernabeu, tetap berhati-hati menjelang perlawanan pusingan kedua esok.

“Kami harap dengan beraksi di harapan penyokong sendiri kami mempunyai kelebihan, saya sangat berpuas hati dengan usaha mereka tetapi mereka tetap bahaya,” katanya.

Kapten Real Madrid, Iker Casillas gembira dengan persembahan Real.

“Kami bermain baik dan saya gembira, sedikit demi sedikit kami mampu untuk menandingi Barcelona dan memenangi piala,” katanya.

Barcelona melakukan kejutan dalam membariskan kesebelasan utama dengan Gerard Pique, Xavi Hernandez, Sergi Busquets serta Pedro hanya diletakkan di bangku simpanan tetapi pemain yang baru dibeli Alexis Sanchez diturunkan.

Tidak ada pembelian pemain dilakukan oleh Jose Mourinho yang meletakkan kesebelasan yang sama ketika mereka tewas 0-5 kepada Barcelona dalam liga musim lepas.

Bagaimanapun, ini adalah pasukan Real yang berbeza, selepas lapan minit tandukan jarak dekat Karim Benzema berjaya diselamatkan penjaga gol, Victor Valdes.

Usaha Real berhasil dengan jaringan pertama melalui Ozil yang tenang menyudahkan hantaran Karim Benzema. Ketika itu Real mendominasi perlawanan tatkala Barca bergelut untuk beraksi seperti biasa.

Selepas 35 minit kelab Catalan itu berjaya melancarkan serangan pertama dan Villa berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan lencong kaki kanan.

Mereka berjaya mendahului melalui Messi hasil kesilapan Pepe dan Sami Khedira.

Aksi separuh kedua bermula dengan perlahan sehinggalah Xabi Alonso menyamakan kedudukan pada minit ke-53 melalui rembatan rendah selepas Barcelona gagal untuk mengeluarkan sepakan sudut dari kawasan bahaya.

Real, Real asia, Real baru, berita artis, Berita Asia, berita bf1, berita gay, berita harian, berita hiburan, berita indon, berita indonesia, berita kesihatan, berita kl, berita malaysia, Berita Malaysia dan Singapore, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita tv, Real Madrid,  Barcelona, seri, perlawanan, pertama, Piala, Super, Sepanyol, penyokong, Santiago, Bernabeu, Mesut, Ozil, David Villa, Lionel Messi, Barcelona