Raja dadah Mexico ditangkap polis

Raja dadah Mexico ditangkap polis

Raja dadah Mexico ditangkap polis

BANDAR RAYA MEXICO – Pihak berkuasa Mexico kelmarin mengumumkan penangkapan salah seorang raja dadah paling dikehendaki, Edgar Valdez Villarreal yang turut dikenali sebagai The Barbie kerana kulitnya yang cantik.

Menurut satu kenyataan Kementerian Keselamatan Awam Mexico, penjenayah kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu ditahan pada satu operasi polis di tengah Mexico ekoran maklumat perisikan mula diperoleh sejak Jun 2009.

Valdez yang berusia 37 tahun merupakan orang kanan Arturo Beltran Leyva, ketua kartel dadah dan menjadi orang ketiga paling dikehendaki sebelum kematiannya pada Disember 2009 dalam satu operasi ketenteraan.

Sebagai ketua skuad pembunuh, Valdez dipercayai terlibat dalam rampasan kuasa untuk menggantikan Arturo yang bersaing dengan adiknya, Hector Beltran Leyva.

Jabatan Negara AS telah menawarkan hadiah mencecah AS$2 juta (RM6.29 juta) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.

Pihak berkuasa Mexico menawarkan ganjaran sebanyak AS$2.2 juta (RM6.92 juta) untuk tujuan yang sama.

Penangkapan itu melegakan Mexico pimpinan Presiden Felipe Calderon selepas meningkatnya keganasan berkaitan dadah di bahagian timur laut Mexico termasuk pembunuhan 72 orang pendatang pada minggu lalu.

Calderon turut mengesahkan penangkapan itu di laman Twitter.

Raja dadah, Raja dadah kini, Raja dadah terkini, Raja dadah terbaru, Raja dadah baru, Raja dadah skandal, gambar Raja dadah, foto Raja dadah, video Raja dadah, biodata Raja dadah, biografi Raja dadah, sejarah Raja dadah, web Raja dadah, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia