Putera William bakal kahwini Kate Middleton

Putera William bakal kahwini Kate Middleton

Putera William bakal kahwini Kate Middleton

LONDON 20 Okt. – Putera William dan kekasihnya, Kate Middleton dijangka berkahwin pada musim panas tahun depan, lapor satu sumber diraja.

Menurut akhbar The Mirror yang memetik sumber tersebut, pasangan berkenaan akan mengumumkan pertunangan mereka pada awal tahun depan.

“Putera William merasakan sudah tiba masanya mereka berkahwin kerana hubungan mereka tidak boleh berterusan begitu selama-lamanya. Mereka telah bersama sejak lapan tahun lalu.

“Walaupun beliau sebelum ini menyatakan hasrat untuk membujang sehingga berusia lebih 30 tahun, Putera William merasakan Middleton ialah gadis yang sesuai buatnya,” lapor sumber berkenaan.

Kedua-dua pasangan itu yang berusia 28 tahun, dikatakan sedang menimbang tarikh yang sesuai untuk majlis perkahwinan mereka iaitu kemungkinan pada bulan Julai atau Ogos tahun depan, tetapi keputusan akhir hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Majlis perkahwinan diraja itu bakal menjadi hadiah ulang tahun kelahiran paling istimewa buat Ratu Elizabeth II dan Putera Philip yang masing-masing bakal berusia 85 dan 90 tahun, pada tahun depan.

Satu sumber lain menyatakan, perkahwinan diraja itu tidak akan diadakan pada 2012 kerana jadual yang padat.

“Kejohanan Euro 2012 akan berlangsung di Poland dan Ukraine, dan Putera William akan hadir sebagai Presiden Persekutuan Bola Sepak England.

“Turut diadakan pada tahun itu adalah majlis Jubli Perak Ratu Elizabeth II bagi meraikan pemerintahan monarkinya selama 60 tahun, begitu juga dengan Kejohanan Sukan Olimpik London,” katanya.

Hujung minggu lalu, beberapa laporan turut mendedahkan bahawa Royal Mint, sebuah badan bertanggungjawab mengeluarkan duit syiling di Britain, sedang giat menghasilkan duit syiling khas untuk majlis perkahwinan Putera William dan Middleton.

Putera William, Putera William kini, Putera William terkini, Putera William terbaru, Putera William baru, Putera William skandal, gambar Putera William, foto Putera William, video Putera William, biografi Putera William, sejarah Putera William, web Putera William, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia