Politik Jepun – Aso didesak letak jawatan

Politik Jepun – Aso didesak letak jawatan

lu_03.1

Politik Jepun – Aso didesak letak jawatan

Perdana Menteri Jepun, Taro Aso berdepan masalah baru apabila menghadapi ‘pemberontakan’ daripada anggota Kabinet beliau sendiri setelah ahli-ahli Parlimen termasuk beberapa menteri menuntut parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) mengadakan mesyuarat untuk memutuskan nasib Aso menjelang pilihan raya umum yang dijadual diadakan Ogos ini.

Penentang Aso dalam LDP menyerahkan senarai tandatangan daripada 133 ahli Parlimen parti itu kepada eksekutif parti hari ini, meminta diadakan mesyuarat anggota parti di kedua-dua dewan Parlimen, kata seorang pegawai parti pemerintah itu.

Senarai tandatangan itu termasuk beberapa anggota Kabinet, antaranya Menteri Kewangan, Kaoru Yosano dan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Shigeru Ishiba, walaupun kedua-duanya tidak secara terbuka menyatakan mereka mahu Aso meletakkan jawatan.

“Saya dengan terus terang memberitahu Perdana Menteri, LDP akan kalah teruk (dalam pilihan raya umum) jika kita tidak mengambil langkah untuk membetulkan situasi ini,” kata Yosano selepas menemui Aso malam tadi.

Akhbar Yomiuri Shimbun memetik sumber sebagai berkata bahawa Yosano telah menggesa Perdana Menteri supaya berundur secara sukarela, pada pertemuan itu.

LDP pimpinan Aso dijangka hilang kuasa dalam pilihan raya umum bulan depan selepas 50 tahun memerintah negara ini hampir secara berterusan, berikutan pengundi yang marah dengan pentadbiran beliau atas pelbagai sebab telah mengalihkan sokongan kepada kem pembangkang.

Aso, 68, pada Isnin lepas bahawa mengumumkan beliau akan membubarkan Parlimen pada minggu depan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 30 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat selepas LDP kalah teruk dalam pilihan raya tempatan di Tokyo.

Sesetengah anggota Parlimen LDP yang menuntut mesyuarat parti diadakan mahu membincangkan isu berhubung beberapa kekalahan LDP dalam pilihan raya tempatan baru-baru ini, tetapi sebilangan lagi mahu LDP mengadakan pemilihan pucuk pimpinan bagi menggantikan Aso, lapor media tempatan.

Tandatangan itu dipungut oleh ahli Parlimen kanan LDP yang diketuai Hidenao Nakagawa yang telah menggesa Aso ‘mengambil keputusan terhormat’.

Jepun, Jepun berita, Jepun kini, Jepun dunia, Jepun asia, Jepun malaysia, Jepun melayu, Jepun indon, Jepun indonesia, Jepun kl, Jepun foto, Jepun gambar, Jepun bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1