Pertembungan dua rakan lama

Pertembungan dua rakan lama

Pertembungan dua rakan lama

LONDON – Pertembungan antara Chelsea dan Manchester City pada aksi Liga Perdana England malam ini bakal mencuri perhatian ramai.

Tumpuan pastinya lebih terarah kepada pertembungan dua pemain iaitu kapten Chelsea, John Terry dan tonggak pertahanan City, Wayne Bridge.

Ramai yang menjangkakan Bridge yang juga bekas pemain Chelsea tidak akan bersalam dengan Terry sebelum sepak mula di Stamford Bridge itu selepas terbongkar skandal seks membabitkan bekas teman wanitanya, Vanessa Perroncel dengan Terry bulan lalu.

Bagaimanapun, perancang Chelsea, John Obi Mikel menasihati Terry dan Bridge supaya tidak membiarkan masa- lah peribadi mereka menguasai diri apabila kedua-dua pemain itu berdepan sesama sendiri nanti.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di antara mereka tetapi Terry dan Bridge sudah dewasa dan harus menyelesaikan masalah mereka sendiri.

“Mereka dulu berkawan baik dan amat sedih untuk melihat perkara sebegini berlaku.

“Terry mampu melupakan masalahnya apabila di atas padang dan mereka berdua juga pemain profesional. Tetapi ia tetap akan menjadi perhatian tidak kira apa yang berlaku, ia telah berlaku.”

Penyerang Chelsea, Salomon Kalou pula berkata: “Mungkin apa yang berlaku adalah sesuatu yang baru bagi kami tetapi semua ini bergantung sama ada kami mampu bermain dengan baik atau tidak.

“Perhatian sepatutnya diberikan terhadap perlawanan ini dan sebagai pemain, kami lebih fokus kepada pertemuan di atas padang berbanding apa yang telah berlaku.”

Dalam pada itu, Chelsea memerlukan kemenangan malam ini bagi mengembalikan semula moral mereka setelah tewas 1-2 kepada Inter Milan pada saingan Liga Juara-Juara di San Siro, Khamis lalu.

Bagaimanapun, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu akan turun tanpa penjaga gol utamanya, Peter Cech yang di- lapor mengalami kecederaan betis ketika menentang Inter.

“Ia adalah satu masalah besar dengan ketiadaan Cech. Dia merupakan penjaga gol yang bagus dan semua orang tahu mengenai perkara itu.

“Cech juga adalah salah seorang penjaga gol terbaik di dunia dan tidak ada siapa mahu kehilangannya,” jelas tonggak tengah Chelsea, Frank Lampard.

Ketiadaan Cech menyaksikan tempat- nya diambil alih penjaga gol kedua Chelsea, Henrique Hilario yang jarang diturunkan musim ini.

Pertembungan, Pertembungan kini, Pertembungan terkini, Pertembungan terbaru, Pertembungan baru, Pertembungan skandal, gambar Pertembungan, foto Pertembungan, video Pertembungan, biodata Pertembungan, biografi Pertembungan, sejarah Pertembungan, web Pertembungan, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita Pertembungan, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Pertembungan, baru, macam-macam, Bf-1,ekonomi, teknologi,sains dan teknologi,