Penyanyi pop Jerman mengakui hidap HIV

Penyanyi pop Jerman mengakui hidap HIV

Penyanyi pop Jerman mengakui hidap HIV

DARMSTADT, Jerman – Bintang pop Jerman, Nadja Benaissa semalam mengaku tidak memberitahu beberapa lelaki yang melakukan hubungan seks dengannya bahawa dia pernah melakukan hubungan seks tanpa memakai kondom selain menghidap HIV.

Dia membuat kenyataan itu pada hari pertama perbicaraannya berhubung dakwaan dia menjalin hubungan seks dengan cara tidak selamat.

“Saya meminta maaf,” kata Benaissa yang berusia 28 tahun sambil menafikan berniat untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Benaissa yag merupakan anggota kumpulan pop No Angels ditangkap pada April tahun lalu.

Jika didapati bersalah, Benaissa berdepan hukuman penjara enam bulan hingga 10 tahun. Keputusan dijangka diketahui pada 26 Ogos depan.

Menurut kertas pertuduhan, Benaissa melakukan lima kali hubungan seks dengan tiga individu dan tidak memberitahu bahawa dia mempunyai HIV walaupun sudah mengetahui dia menghidapnya sejak tahun 1999.

Menurut pihak pendakwa, salah seorang daripada mereka disahkan dijangkiti virus HIV.

Tiga lagi anggota kumpulan No Angels akan tampil sebagai saksi perbicaraan.

Perbicaraan itu akan diadakan di sebuah mahkamah remaja kerana insiden itu berlaku ketika Benaissa baru berumur 17 tahun.

Nadja Benaissa, Nadja Benaissa kini, Nadja Benaissa terkini, Nadja Benaissa terbaru, Nadja Benaissa baru, Nadja Benaissa skandal, gambar Nadja Benaissa, foto Nadja Benaissa, video Nadja Benaissa, biodata Nadja Benaissa, biografi Nadja Benaissa, sejarah Nadja Benaissa, web Nadja Benaissa, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia