Peluang melihat Piala Dunia lebih dekat di Kuala Lumpur

Peluang melihat Piala Dunia lebih dekat di Kuala Lumpur

Peluang melihat Piala Dunia lebih dekat di Kuala Lumpur

SEPANG – Malaysia akan menjadi tumpuan utama peminat sukan tempatan dan dunia apabila trofi keagungan bola sepak, Piala Dunia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan khas dari Jakarta.

Semalam, Kuala Lumpur menjadi bandar raya Asia kelima menerima kedatangan trofi tersebut dalam siri jelajah 134,017 kilometer merentasi lima benua dan 83 negara bermula dari Ibu Pejabat Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland, 21 September lalu.

Siri jelajah yang dibawakan khas oleh syarikat minuman terkenal Coca Cola dengan kerjasama FIFA, adalah sebahagian promosi Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan mulai Jun hingga Julai ini.

Menghangatkan lagi Piala Dunia, trofi asli setinggi 36.8 sentimeter dan berat 6.175 kilogram yang diperbuat daripada emas tulen 18 karat itu akan dipamerkan di Pusat Konvensyen Mid Valley di sini, mulai hari ini dan Jumaat.

Peminat berpeluang menatap trofi itu dari dekat dan bergambar bersama ikon global tersebut selain menikmati ekstravaganza bola sepak menerusi tayangan filem tiga dimensi (3D).

Sementara itu, menurut Pengurus Am Rantau Malaysia, Singapura dan Brunai The Coca-Cola Company, Antonio Del Rosario, trofi Piala Dunia sememangnya jarang disaksikan oleh umum dan lawatan itu merupakan penghormatan kepada sukan popular tersebut yang berjaya memecah sempadan sosial, budaya dan negara.

”Jelas sekali wujudnya keghairahan sejagat terhadap bola sepak dan Coca-Cola berbangga kepada berpeluang menyatukan rakyat Malaysia dengan semangat 1 Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis menyambut ketibaan trofi Piala Dunia di KLIA di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi peminat bola sepak di negara ini yang berhasrat untuk mendapatkan pas ke Jelajah Piala Dunia FIFA boleh membuat pembelian burger properity bersaiz besar di restoran McDonald’s sekitar Lembah Klang atau melawat gerai jualan Coke di East Atrium, pusat membeli-belah Mid Valley pada hari ini dan esok.

Dalam pada itu, jurucakap FIFA bagi jelajah itu, Lingling Liu pula berkata, penjelajah Piala Dunia itu ke Kuala Lumpur bertujuan untuk mendekati peminat bola sepak di negara ini yang sudah pasti tidak mahu ketinggalan untuk merasakan kemeriahan temasya yang diadakan empat tahun sekali itu.

Piala Dunia,  Piala Dunia kini,  Piala Dunia terkini,  Piala Dunia terbaru,  Piala Dunia baru, gambar  Piala Dunia, foto  Piala Dunia, video  Piala Dunia, biodata  Piala Dunia, biografi  Piala Dunia, sejarah  Piala Dunia, web  Piala Dunia,  Piala Dunia terkini,  Piala Dunia terbaru,  Piala Dunia penting,  Piala Dunia dunia,  Piala Dunia  Piala Dunia, Piala Dunia malaysia,  Piala Dunia melayu,  Piala Dunia indon,  Piala Dunia indonesia,  Piala Dunia kl,  Piala Dunia tv,  Piala Dunia  Piala Dunia,  Piala Dunia gay,  Piala Dunia artis,  Piala Dunia hiburan,  Piala Dunia sukan,  Piala Dunia ekonomi,  Piala Dunia sains,  Piala Dunia teknologi,  Piala Dunia kesihatan,  Piala Dunia sejarah,  Piala Dunia politik,  Piala Dunia bf1, dunia,  Piala Dunia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam, sukan, teknologi, ekonomi