Pelaburan besar Real tidak sia-sia

Pelaburan besar Real tidak sia-sia

MADRID – Presiden Real Madrid, Florentino Perez yakin keputusan melantik Jose Mourinho sebagai jurulatih dan berbelanja besar untuk membeli pemain berstatus bintang adalah sesuatu yang berbaloi.

Perez berkata, perbelanjaan tersebut akan menjadi landasan terbaik pasukan itu untuk merangkul gela- ran ke-10 dalam saingan Liga Juara-Juara.

Kenyataan Perez itu hadir menjelang aksi menentang kelab Belanda, Ajax Amsterdam pada aksi Kumpulan D di Santiago Bernabue awal pagi esok.

“Kami (Real) memperkemaskan bakat dalam skuad kami, memberi nafas baharu dan semakin meningkat.

“Malah, kami juga memiliki barisan pemain terbaik dunia dan ada antara mereka yang lahir dari akademi bola sepak kami.

“Kini, kami berada pada landasan terbaik untuk melakarkan kejayaan kerana itu adalah satu asas utama kelab kami.

“Kesungguhan untuk melakar kejayaan adalah identiti kami dan kami mahu impian merangkul trofi Liga Juara- Juara buat kali ke-10 musim ini menjadi kenyataan,” kata Perez.

Untuk rekod, Real tersingkir pada aksi separuh akhir musim lalu sele- pas tewas kepada Barcelona.

Bagaimanapun, skuad The Galati- cos kini dilihat berada pada prestasi terbaik untuk merangkul kejuaraan itu apabila mencatat kemenangan sulung 1-0 ke atas Dinamo Zagre pada aksi pem- bukaan dua minggu lalu.

Real juga memperoleh tonik terbaik menje- lang aksi menentang Ajax itu apabila melakar kemenangan 6-2 ke atas Rayo Vallecano dalam saingan Liga Sepanyol kelmarin..

Pelaburan, besar, Real, MADRID, Presiden, Real Madrid, Florentino, Perez, yakin, keputusan, melantik, Jose Mourinho, jurulatih, berbelanja, besar, membeli, pemain, berstatus, bintang, sesuatu, berbaloi, Santiago Bernabue, Dinamo, Zagre, Rayo, Vallecano, berita melayu, berita penting, berita politik, berita sains, berita sejarah, berita sukan, berita teknologi, berita terbaru, berita terkini, berita asia, berita teknologi, skuad, The Galati- cos