Pegawai gagal periksa landasan

Pegawai gagal periksa landasan

Pegawai gagal periksa landasan

PARIS – Perbicaraan nahas Concorde yang masuk hari kedua kelmarin mendengar keterangan bahawa beberapa pegawai gagal memeriksa landasan sebelum pesawat supersonik itu terhempas.

Sekeping jalur titanium yang tertanggal dari sebuah pesawat DC-10 milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), Continental Airlines didakwa menyebabkan tayar Concorde bocor semasa ia berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris dengan menyebabkan pesawat itu terbakar.

Sejumlah 113 orang maut apabila jet komersial itu menjunam dan merempuh sebuah hotel beberapa minit selepas berlepas dengan ekor yang terbakar pada 25 Julai 2000.

Pada perbicaraan itu, mahkamah diberitahu bahawa tiga pemeriksaan landasan sepatutnya dilakukan pada setiap hari tetapi tiada pemeriksaan dibuat hampir 12 jam sebelum jet komersial itu berlepas pada pukul 4.42 petang waktu tempatan pada hari berkenaan.

“Pada hari nahas berlaku, kali terakhir landasan diperiksa ialah pada pukul 5 pagi,” kata Hakim Dominique Andreassier yang membaca dokumen yang dikemukakan di sebuah mahkamah di Pontoise, dekat sini.

Pemeriksaan pada waktu tengah hari pula tidak dilakukan kerana satu latihan kebakaran diadakan pada hari itu, jelasnya.

Continental Airlines yang berdepan dakwaan menyebabkan kematian boleh didenda sebanyak AS$525,000 (RM1.7 juta) jika didapati bersalah.

Empat individu yang berdepan dakwaan sama iaitu dua kakitangan Continental Airlines, seorang pekerja anak syarikat Airbus dan seorang pegawai pihak berkuasa penerbangan awam Perancis berdepan hukuman penjara lima tahun.

Semua defendan mengaku tidak bersalah.

Pegawai berita,Pegawai berita terkini,Pegawai berita berita, Pegawai berita minggu,Pegawai berita terbaru,Pegawai berita ekonomi,Pegawai indonesia berita,Pegawai berita dunia,Pegawai berita harian,Pegawai berita selebritis,Pegawai berita nasional,Pegawai berita artis,Pegawai berita bola,berita malaysia,berita tv,berita business,berita cuaca,berita foto,berita internasional,berita hot,berita hangat,berita selebriti,berita politik,berita liga inggris,berita bernama,berita aneh,berita transfer pemain,berita kematian,berita harian hari,dunia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, macam-macam,dunia, sukan, teknologi, ekonomi

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply