PBB digesa kenakan sekatan senjata

PBB digesa kenakan sekatan senjata

Japan Myanmar

PBB digesa kenakan sekatan senjata

LONDON: Dunia ‘marah dan kecewa’ dengan keputusan mahkamah di Myanmar semalam yang mengenakan penjara 18 bulan ke atas Aung San Suu Kyi dan menyifatkannya sebagai tindakan bagi menghalang ikon demokrasi itu daripada menyertai pilihan raya tahun depan.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown mahukan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganjurkan agar semua negara di seluruh dunia mengenakan sekatan jualan senjata kepada junta Myanmar.

Brown berkata, pendakwaan kejam ke atas Suu Kyi dilakukan bagi menghalangnya daripada menyertai pilihan raya umum yang dirancang tahun depan, bermakna pilihan raya dirancang itu dianggap tidak sah.

Amnesty International juga mengutuk keputusan itu dan menyifatkannya teater politik yang ‘memalukan’ dan mendesak pembebasannya segera tanpa syarat.

Di BRUSSELS, Kesatuan Eropah (EU) bersetuju mengenakan sekatan baru yang mensasarkan kepentingan ekonomi rejim Myanmar.

“EU akan bertindak dengan mengambil langkah tambahan dan mensasarkan mereka yang bertanggungjawab ke atas keputusan mahkamah itu,” kata kenyataan daripada pejabat presidennya.

Di PARIS, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menggesa EU agar mengenakan sekatan ke atas junta Myanmar.

“Presiden mahukan EU memberi tindakan balas dengan mengambil langkah baru terhadap rejim di Burma,” kata kenyataan pejabat Sarkozy.

Di SYDNEY, Australia melahirkan kekecewaannya di atas penahanan Suu Kyi dan mendesak agar junta tentera membebaskannya demi kepentingan perdamaian negara berkenaan.

Di JAKARTA, Indonesia melahirkan kekecewaannya dan menggesa Asean mengambil langkah bagi memaksa Yangon membebaskan Suu Kyi.

PBB, PBB berita, PBB kini, PBB dunia, PBB asia, PBB malaysia, PBB melayu, PBB indon, PBB indonesia, PBB kl, PBB foto, PBB gambar, PBB bf1, berita dunia, berita majalah, berita baru, berita asia, berita artis, berita hiburan, berita kawan, berita politik, berita-berita, beritakini, beritadunia, beridaasia, beritamalaysia, beritamelayu, beritaindon, beritaindonesia, beritakl, beritafoto, beritagambar, beritaterkini, beritaweb, beritaharian, beritabaru, beritabf1, beritatv, berita8, beritagay, beritapenting, beritabulan, beritakasa, beritaawas, berita2, beritascander, beritajalan, beritamaju, beritasukan, berita kini, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita foto, berita gambar, berita terkini, berita web, berita harian, berita baru, berita bf1, berita tv, berita 8, berita gay, berita penting, berita bulan, berita kasa, berita awas, berita scander, berita jalan, berita maju, berita sukan, berita, kini, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, kl, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, bf1