Pasaran saham dunia menjunam

Pasaran saham dunia menjunam

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Pasaran saham antarabangsa menjunam sejak kelmarin sekali gus kejatuhan terbesar sejak dunia dilanda krisis kewangan yang teruk tiga tahun lalu.

Perkembangan tersebut menyebabkan suasana panik menular di pusat-pusat kewangan global dan mencetuskan kebimbangan bahawa kemelesetan dunia baharu akan berlaku.

Setakat kelmarin, indeks FTSE Britain yang merupakan antara bursa saham utama dunia, mencatat kejatuhan sebanyak £50 bilion (RM245 bilion) dengan kerugian keseluruhan sejak seminggu lalu mencecah £125 bilion (RM612.4 bilion).

Nasib sama menimpa indeks Dow Jones di AS kelmarin apabila ia menyusut sebanyak 4.31 peratus iaitu yang terbesar sejak 2008 dan kejatuhan kesembilan dalam tempoh cuma 10 hari.

Kejatuhan bursa-bursa saham utama dunia itu didorong kegagalan para pemimpin Eropah dalam menangani krisis hutang beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) yang menyebabkan mata wang Euro lumpuh.

Terdapat juga kebimbangan bahawa ekonomi gergasi AS akan mengalami kemelesetan yang akan membawa kepada kemelesetan ekonomi di seluruh dunia.

“Kita melihat para pelabur kini hilang keyakinan dalam ekonomi semasa, hilang keyakinan dalam pasaran,” kata seorang pakar ekonomi AS, Hugh Johnson.

Selain tanda-tanda ekonomi AS dan global semakin lemah, petanda negatif turut membabitkan Sepanyol dan Itali apabila nilai bon kedua-kedua negara merosot dengan teruk.

Perkembangan itu dibimbangi akan menyebabkan ekonomi Itali dan Sepanyol di ambang muflis seperti yang berlaku kepada tiga negara EU sebelum ini iaitu Greece, Ireland dan Portugal.

Sementara itu, pasaran saham Asia turut menjunam teruk semalam susulan kejatuhan yang dialami bursa-bursa saham AS dan Eropah.

Bursa saham Taipei mengalami kejatuhan terbesar semalam iaitu sebanyak 5.58 peratus atau 464.14 mata atau diikuti bursa Sydney sebanyak 4 peratus atau 171.1 mata manakala bursa Tokyo dan Shanghai masing-masing merosot 3.72 peratus dan 1.68 peratus.

Pasaran saham kini, Pasaran saham terkini, Pasaran saham asia, Pasaran saham baru, Pasaran saham berita, Pasaran saham antarabangsa, Pasaran saham malaysia, Pasaran saham dunia, Pasaran saham foto, Pasaran saham gambar, Pasaran saham indon, Pasaran saham indonesia, Pasaran saham asia, Pasaran saham kl, Pasaran saham malaysia, Pasaran saham melayu, Pasaran saham galeri, Pasaran saham web, Pasaran saham online, Amerika Syarikat, Pasaran, saham, antarabangsa, menjunam, sejak, kelmarin, sekali, sejak, dunia, dilanda, krisis, kewangan, Perkembangan, kewangan, global, mencetuskan, kebimbangan, bahawa kemelesetan, dunia, baharu, akan, berlaku, Kejatuhan, bursa, saham