Owen masih terbaik di England

Owen masih terbaik di England

LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson masih menganggap Michael Owen sebagai salah seorang penyerang terbaik di England.

Pada aksi pusingan ketiga Piala Liga awal pagi semalam, bekas penyerang England itu meledak dua gol untuk membantu United menewaskan Leeds United 3-0.

Satu lagi gol skuad The Red Devils dijaringkan pemain veteran Wales, Ryan Giggs pada masa kecederaan babak pertama.

“Saya sangat gembira kerana Micheal (Owen) masih hebat apabila menjaringkan dua gol pada perlawanan (menentang Leeds United) malam ini (awal pagi semalam).

“Apabila anda melihat pada rekod jaringan Owen sepanjang kerjayanya, sudah tentu dia masih merupakan salah seorang penyerang terbaik di England.

“Oleh kerana penyerang lain yang kami miliki menunjukkan peningkatan, Owen tidak dapat beraksi secara lebih kerap dan situasi itu cukup sukar (buat Owen).

“Tetapi, kami cukup bertuah kerana memiliki Owen kerana dia masih lagi pemain yang hebat.

Owen yang menandatangani perjanjian baru selama satu tahun pada musim panas lalu, membuka jaringan pada minit ke-15 sebelum menambah gol kedua 17 minit kemudian.

“Gol pertama saya adalah jaringan biasa tetapi gol kedua cukup menarik,” kata Owen.

“Ia sesuatu yang baik untuk saya apabila terus menjaringkan gol dalam tempoh beberapa tahun.

“Kini, saya mahu membantu dan menjadi pendorong kepada pemain muda di sini, sekali gus menjadi contoh buat mereka.

“Tetapi di usia 31 tahun, saya tetap yakin saya masih mampu untuk bermain dengan baik dalam tempoh beberapa tahun lagi.”

Owen, masih, terbaik, England, LONDON, Pengurus, Manchester, United, Alex Ferguson, menganggap, Michael Owen, salah, penyerang, terbaik, England, aksi, pusingan, ketiga, Piala, Liga, awal, pagi, bekas, penyerang, England, meledak, dua, gol, membantu, United, menewaskan, Leeds, United, The Red, Devils, pemain, veteran, Wales, Ryan Giggs, baru, berita ekonomi, berita teknologi, biodata Owen, dunia, foto, gambar, indon, indonesia, macam macam, malaysia, melayu, sejarah Owen, Owen atlet, Owen baru, Owen sukan, Owen dunia, Owen ekonomi