Oudin kejutkan Dementieva

Oudin kejutkan Dementieva

sl_07.1

Oudin kejutkan Dementieva

NEW YORK – Semalam merupakan hari yang penuh kejutan pada Terbuka Amerika Syarikat apabila pemain remaja tuan rumah, Melanie Oudin menundukkan juara Olimpik, Elena Dementieva, manakala emosi Jelena Jakovic menyingkirkannya pada pusingan kedua kejohanan tenis Grand Slam itu.

Begitupun pemain No. 1 dunia, Dinara Safina sekali lagi bernasib baik terselamat daripada kejutan ketika menumpaskan pemain Jerman, Kristina Barrois, 6-7 (7-5), 6-2, 6-3.

Oudin, yang memasuki gelanggang dengan berpakaian terang dan berkasut dengan di tumit tertulis perkataan ‘BELIEVE’ – membenam Dementieva 5-7, 6-4, 6-3.

Pemain berusia 17 tahun itu bagaimanapun bakal berdepan satu lagi cabaran getir di pusingan ketiga nanti apabila menentang juara 2006 dan bekas pemain No. 1 dunia, Maria Sharapova dari Rusia.

Sharapova mara selepas menyingkirkan seorang lagi pemain generasi baru Amerika Syarikat yang berusia 17 tahun, Christina McHale 6-2, 6-1.

Pada ketika Flushing Meadows masih bergema dengan kejutan Oudin, pemain muda Kazakhstan, Yaroslava Shvedova memberikan satu lagi kejutan dengan menundukkan naib juara 2008 dan pilihan kelima, Jankovic 6-3, 6-7, 7-6.

Fikiran dan hati Jankovic tiada pada perlawanan semalam, dan sejurus tamat perlawanan pemain Serbia itu mengakui dia masih meratapi kematian neneknya.

“Saya sangat rapat dengannya. Saya amat sedih dan emosional ketika berada di atas gelanggang. Saya cuba untuk memberikan yang terbaik, tetapi ia memang sukar,’’ akui Jankovic.

Di gelanggang bersebelahan iaitu di Stadium Arthur Ashe, Oudin memberi harapan kepada 23,000 penonton bahawa dia adalah generasi baru tenis Amerika dengan menghantar servis yang sukar dibalas.

“Saya sangat teruja, anda tidak tahu bagaimanakah rasanya,’’ ujar pemain ranking ke-70 dunia itu sejurus tamat perlawanan.

Bagi bintang Rusia, Safina pula, kepuasan terpancar sebaik berjaya melepasi halangan Barrois, pemain ranking ke-67 dunia.

Kemenangan tersebut dicatat hanya 48 jam selepas dipaksa berhempas pulas untuk melepasi pemegang tiket wildcard dari Australia, Olivia Rogowska, sekali gus membawanya ke pusingan ketiga.

“Saya sedar saya belum memberi permainan terbaik di sini tetapi saya masih berjuang,’’ ujar Safina, yang melakukan 28 double fault dan 86 kesilapan mudah hanya dalam dua perlawanan pertama.

Sementara itu juara Terbuka Perancis, Svetlana Kuznetsova berjaya mengelak daripada kejutan apabila menundukkan pemain Latvia, Anastasija Sevastsova 6-4, 6-2.

Dalam saingan lelaki, Novak Djokovic memastikan bendera Serbia terus berkibar dan tidak mengikut jejak dua rakan senegara – Jankovic dan Ana Ivanovic apabila meneruskan cabaran ke pusingan ketiga.

Pilihan keempat itu tidak menghadapi banyak masalah ketika menyingkirkan pencabar dari Australia, Carsten Ball 6-3, 6-4, 6-4.

Naib juara Wimbledon dan pemain harapan Amerika Syarikat, Andy Roddick melengkapkan sesi malam perlawanan dengan kemenangan 6-1, 6-4, 6-4 ke atas Marc Gicquel dari Perancis.


oudin, oudin kini, oudin terkini, oudin terbaru, oudin baru, oudin skandal, gambar oudin, foto oudin, video oudin, biodata oudin, biografi oudin, sejarah oudin, web oudin, berita terkini, berita terbaru, berita penting, berita dunia, berita asia, berita malaysia, berita melayu, berita indon, berita indonesia, berita kl, berita tv, berita harian, berita gay, berita artis, berita hiburan, berita sukan, berita ekonomi, berita sains, berita teknologi, berita kesihatan, berita sejarah, berita politik, berita bf1, dunia, asia, malaysia, melayu, indon, indonesia, foto, gambar, terkini, web, harian, baru, macam-macam, Bf-1, tenis, Oudin