O’Neill merintis kemungkinan

O’Neill merintis kemungkinan

O’Neill merintis kemungkinan

BIRMINGHAM – Pengurus Aston Villa, Martin O’Neill dianggap telah berjaya mengemudi kelab England itu dengan konsisten sejak beliau berada di Villa Park sepanjang empat tahun lalu.

Bagaimanapun, O’Neill sedar bahawa beliau hanya akan dijulang bagai seorang wira jika berjaya menghadirkan trofi kejayaan buat Villa.

Kini gelaran Piala Liga tampak sebagai peluang terbaik bagi O’Neill untuk mem- buktikan reputasinya sebagai antara pengurus berkaliber di England.

Awal pagi esok, O’Neill akan membimbing anak-anak buahnya beraksi pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga menentang Blackburn Rovers di Villa Park.

Berbekalkan kemenangan 1-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama sebelum ini, skuad kendalian O’Neill berpeluang cerah untuk menempah slot final di Wembley.

“Kami akan beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir dan tidak mustahil, kami mampu beraksi pada perlawanan akhir nanti,” kata O’Neill.

“Hanya empat lagi pasukan yang bersaing dalam pertandingan ini (Piala Liga) tetapi kami masih jauh untuk beraksi di Wembley.

“Bagaimanapun, kami akan turun dengan semangat juang yang tinggi bagi memburu kemenangan, seterusnya layak ke final.”

ONeill merintis berita terkini,ONeill merintis berita,ONeill merintis berita hari ini,ONeill merintis berita minggu,ONeill merintis berita terbaru,ONeill merintis berita ekonomi,ONeill merintis berita dunia,ONeill merintis berita harian,ONeill merintis berita acara,ONeill merintis informasi,ONeill merintis berita online,ONeill merintis indon,ONeill merintis berita berita,ONeill merintis penting,ONeill merintis turnamen ,ONeill merintis berita internasional, ONeill merintis sukan,ONeill merintis kesihatan, ONeill merintis sains,wallpaper, profil, biografi, berita foto,berita bernama,foto, gambar, terkini, web, Dolaran, baru, berita lain-lain, Bf-1,dunia, sukan,sains,teknologi